Apple Perkenalkan Macbook Pro Cip M1 Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 20 Jam

Pagi tadi telah berlangsungnya sebuah lagi atur cara daripada Apple. Atur cara pada kali ini digunakan Apple untuk mengumumkan tiga model Mac yang diberi kemas kini menerusi pengeluaran cip Apple M1.

Apple M1

Apple_new-m1-chip-graphic_11102020_big.jpg.large

Pihak Apple turut mengatakan cip pemprosesan yang diperkenalkan ini secara tidak langsung bakal membawa perubahan kepada dunia pengkomputeran Apple.



Apple Macbook Pro

macbook-pro-m1-chip

Salah satu model yang menjadi perhatian ramai pada kali ini sudah pastinya Apple Macbook Pro. Mengekalkan rekaan yang sama seperti model keluaran tahun lalu, model terbaharu ini turut dilengkapkan dengan cip Apple M1.

Mengulas dari segi spesifikasi, Apple Macbook Pro hadir dengan skrin Retina 13-inci, cip M1 serta sokongan memori dan storan sehingga 16GB RAM dan 2TB. Apa yang lebih menarik, Apple turut menjanjikan ketahanan bateri sehingga 20 jam menerusi penggunaan bateri 20 jam.

Harga-MacBook-Pro-M1-950×554



Apple sedia menawarkan Apple Macbook Pro dengan cip Apple M1 dengan harga bermula daripada RM5,599. Tidak seperti iPhone, para pengguna bakal turut menerima palam pengecas bersama pembelian Macbook Pro.

macmini-og-202011Turut dilancarkan bersama adalah Mac Mini dan Macbook Air dimana masing-masing sedia ditawarkan pada harga RM2,999 dan RM4,399. Kedua-dua model ini turut disertakan dengan cip M1. Sama-sama kita nantikan ulasan lanjut mengenai cip terbaharu Apple yang baru sahaja diperkenalkan ini.-TheVocket.com

Tontonilah ‘Ketahanan’ APPLE iPhone 12 Apabila Dilepaskan Pada Ketinggian 10 Kaki [Video]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker