Zahid beri amanah Ahli Parlimen Umno harus undi batal kuasa darurat

 

Zahid beri amanah Ahli Parlimen Umno harus undi batal kuasa darurat. Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua Ahli Parlimen parti itu harus menyokong usul untuk membatalkan Proklamasi Darurat serta ordinannya dalam sidang khas Parlimen esok.

Beliau berkata, pucuk pimpinan memutuskan semua Ahli Parlimen perlu menzahirkan pendirian parti yang Dewan Rakyat mesti membahas dan membatalkan perisytiharan darurat serta ordinannya.



“Ahli-ahli Parlimen Umno mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan ordinan-ordinannya,” katanya dalam kenyataan.

Zahid berkata, desakan itu dibuat kerana pelaksanaan darurat ternyata lebih banyak memudaratkan rakyat, khasnya dari segi ekonomi dan kebajikan mereka, termasuk pelaksanaan kompaun melampau dan bersifat “dwistandard” terhadap pengingkar peraturan sekatan pergerakan.

“Pelaksanaan darurat yang ternyata gagal untuk mengekang dan menangani pandemik Covid-19, sebaliknya sebagai muslihat politik dan alat memandulkan sistem demokrasi berparlimen.”

Katanya, desakan itu juga sebagai mendokong Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu bertitah tiada keperluan meneruskan darurat selepas 1 Ogos dan semua Ordinan Darurat perlu dibahaskan di Parlimen, sejajar Peruntukan 150(3) Perlembagaan Persekutuan.



Beliau berkata, keperluan untuk menolak perisytiharan darurat sejajar keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 25 April lalu yang semua Ahli Parlimen perlu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan, jika darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos.

Katanya, ia termasuk semua menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Zahid beri amanah Ahli Parlimen Umno harus undi batal kuasa darurat

 




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahidan kata tunjuk bukti kalau tidak sokong PM [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker