Guan Eng, mulut jangan celupar – Ka Siong

“MCA kenapa tak bela saya?” Ini soalan tak masuk akal yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan. Kalau buat kenyataan mengisytiharkan perang, takkan MCA nak mempertahankan kenyataan berbaur perkauman?

Selepas teruk dikecam rakyat Malaysia, Lim Guan Eng hari ini dilihat tidak senang duduk dan terpaksa ‘menarik’ tangan MCA untuk terjerumus ke dalam permainan politik sempitnya.

Penjelasan Guan Eng bahawa malam tadi beliau melalui Pegawai Medianya telah mengeluarkan satu kenyataan untuk memperbetulkan kenyataan terdahulu yang dikatakan hanya satu “draf” kenyataan yang belum direstui oleh Guan Eng tetapi “terlepas pandang” dan diedarkan kepada media petang semalam.

Maksudnya, kenyataan Guan Eng itu bukanlah disalah petik (misquoted) oleh media. Guan Eng kemudiannya meminda kenyataan tersebut akibat daripada kemarahan dan kecaman daripada segenap lapisan masyarakat.



Menurut laporan media hari ini, Guan Eng berkecil hati dengan MCA kerana mengutuk kenyataannya yang menggunakan frasa “pengisytiharan perang” dengan kaum bukan Melayu semalam tetapi tidak mengutuk kenyataan racist daripada pemimpin-pemimpin lain.

Saya sungguh hairan kenapa Guan Eng sendiri mengaku bahawa “pengisytiharan perang” yang termaktub di dalam kenyataan media asalnya itu setaraf dengan kenyataan racist seperti pemimpin-pemimpin lain.

Guan Eng, mulut jangan celupar lagi!

Hari ini dan sampai bila-bila pun saya masih dengan pendirian sama bahawa saya bukan hanya memperjuangkan SJKC tetapi juga sekolah pondok dan tahfiz.



DAP mudah lupa tapi saya tak mudah lupa!

Saya cabar Guan Eng agar tunjukkan bukti masa dan tarikh, saya selaku Presiden MCA pernah membantah peruntukan kepada sekolah tahfiz di Dewan Rakyat atau di mana-mana tempat.

Untuk makluman Lim Guan Eng, MCA mengamalkan politik matang dan tidak berminat untuk terperangkap dengan politik kebencian atau mengadu domba.

Semua maklum, walaupun MCA ini ahli-ahlinya berbangsa Cina tetapi sejak turun temurun kami juga memperjuangkan kepentingan semua kaum di Malaysia.



#BeraniBuatBeraniTanggung

Wee Ka Siong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker