Video tular, cantiknya Che Nom macam Uqasha


Selebriti media sosial, Che Nom kembali lagi menyerikan keasyikan Ramadan.

Cuma kali ini, Che Nom menjadi sebutan bukan disebabkan resipi masakan tetapi disebabkan penampilannya dalam video terbaharunya semasa berkongsi plat perak yang dihantar pihak YouTube.

Cantik memakai baju berwarna merah dengan wajah disolek rapi, netizen pantas menyamakan wajah Che Nom persis pelakon jelita, Uqasha Senrose.

“Ingatkan Uqasha Senrose tadi. Cara cakap pun sama,” tulis netizen.

Sekadar video bloopers, perkongsian tersebut ditonton lebih 70,000 kali serta meraih 13,000 tanda suka daripada pengguna Instagram.

Che Nom, seorang youtuber masakan yang bukan biasa biasa ya. Di salauran Youtube-nya, dia mempunyai hampir 1 juta subscribers dan kesemua video masakannya telah mendapat lebih dari 96,825,111 tontonan sejak tahun 2013.

‘Nak Guna Resipi Saya, Guna lah, Tak Ada Trademark!’- Che Nom Dipuji

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker