‘Nak Guna Resipi Saya, Guna lah, Tak Ada Trademark!’- Che Nom Dipuji

Kecoh di media sosial sejak awal pagi ini apabila seorang pengguna akaun twitter memuatnaik video usahawan Noor Kartini menyebut nama daging ‘Harimau Menangis’ telah mendapat cap dagangan (trademark).

Dalam video tersebut yang menjadi tular di twitter, ibu kepada Neelofa ini memberitahu tiada siapa boleh menggunakan nama daging ‘Harimau Menangis’ selepas ini.

“Daging Harimau Menangis ni , brand ni dah trademark tau! jenama ini dah jadi milik Auntie Tini. Tiada siapa boleh guna ‘Harimau Menangis’. Jadi guna nama lain, pandai-pandailah fikir. Guna lah nama harimau mengilai ke, harimau beranak ke!” katanya dalam video tersebut.

https://twitter.com/BafouraBakery/status/1349028457729060870

Video tersebut mendapat reaksi berbagai-bagai dari netizen. Ada yang mengecam dan mempertikaikan tindakan Noor Kartini kerana nama ‘Harimau Menangis’ sudah lama digunakan oleh para peniaga di Malaysia.

‘Nak Guna Resipi Saya, Guna lah, Tak Ada Trademark!’- Che Nom

Sementara itu, seorang Youtuber Masakan terkenal di Malaysia, Che Nom memuatnaik sebuah tweet yang mendapat pujian dari ramai pengguna twitter. Che Nom menulis,

“Siapa nak guna resepi Che Nom buat meniaga, guna lah… Tak perlu minta halal minta izin pun.Takda trademark. InsyaAllah sama2 kita cari rezeki.”

Gara-gara tweet ini, nama Che Nom terus trending di twitter. Ada yang menganggap kata-kata Che Nom atau  nama sebenarnya Normah Bakar ini sebagai sindiran terhadap isu trademark daging ‘Harimau Menangis’. Walaubagaimanapun, Che Nom tidak menyebut nama mana-mana pihak di dalam tweetnya.

“Kalau guna resepi Che Nom, nak gambar buat niaga untukk sticker ke banner ke apa.. ambik aja kat website tu.”- tulisnya lagi.

Che Nom, seorang youtuber masakan yang bukan biasa biasa ya. Di salauran Youtube-nya, dia mempunyai hampir 1 juta subscribers  dan kesemua video masakannya telah mendapat lebih dari 96,825,111 tontonan sejak tahun 2013- Murai.my

Selepas Teruk Dikecam Netizen Kerana ‘Harimau Menangis’. Ibu Neelofa Tampil Buat Kenyataan Maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker