“Karipap Oksigen” – ZAHID HAMIDI

Kelmarin seorang sahabat bertanya kepada saya sama ada saya pernah beli “Karipap Oksigen”.Saya katakan tidak pernah. Dia tertawa. Katanya pada bulan Ramadan mudah cari “Karipap Oksigen”.

Berbual punya berbual barulah dia terangkan apa itu “Karipap Oksigen”. Tergelak saya dibuatnya. Saya fikirkan sahabat lama saya itu sekadar mahu melawak rupa-rupanya memang realiti.
“Karipap Oksigen” memang wujud dan ada dijual di Malaysia.

“Karipap Oksigen” adalah karipap dengan isi terlalu sedikit atau hampir tiada langsung. Namun harganya sama seperti karipap ‘standard’ yang dijual di pasaran.

Dua kemungkinan kami simpulkan bagaimana “Karipap Oksigen” boleh wujud dalam menu makanan Malaysia. Pertama mungkin terdapat peniaga mahu mengurangkan kos pembuatan bagi meningkatkan margin keuntungan. Kedua peningkatan kos pembuatan memaksa peniaga menjimatkan penggunaan bahan mentah.

Kami fikir peniaga yang berasakan dengan menjual “Karipap Oksigen” akan beri lebih keutungan satu kesilapan.

Jika sekali pembeli terkena, mereka tidak beli lagi daripada peniaga terbabit. Maka peniagaan itu hilang pelanggan.

Bagi peniaga terpaksa disebabkan kos pembuatan meningkat, kami fikir perkara itu perlu diberi perhatian pihak berwajib.

Peningkatan kos barangan perlu segera ditangani kerana ia memberi kesan kepada keseluruhan rantaian kepenggunaan.

#KaripapOksigen
#RotiJohnMagik
#IsiAtauKulit

Zahid Hamidi.
Presiden UMNO/Pengerusi BN dan Ahli Parlimen Bagan Datuk.

 

Tolong Jangan Jual Karipap Inti Oksigen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker