Perdana Menteri akan putuskan pembukaan sempadan negara

Perdana Menteri akan putuskan pembukaan sempadan negara

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memutuskan keputusan pembukaan sempadan negara, selepas meneliti perkara itu yang dijangka dibentangkan di Kabinet atau mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Pemulihan COVID-19,”kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berpandangan, pembukaan sempadan negara tidak boleh dibuat secara semberono, sebaliknya perlu dibincangkan dan dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum sebarang keputusan diambil.

Bagaimanapun Hishammuddin mengalu-alukan saranan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya sempadan negara dibuka seawal 1 Mac depan untuk memulihkan semula ekonomi dan sektor pelancongan.

Kata beliau, pihaknya bersama anggota kuartet yang terdiri daripada Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan dan ahli jawatankuasa lain yang terbabit tidak diberikan mandat untuk membuat keputusan berkenaan.

“Sebenarnya, apa yang dibincangkan di peringkat kuartet, kita tidak boleh membuat sebarang keputusan, begitu juga di peringkat MPN.

“Namun begitu, keputusan sama ada sempadan negara wajar dibuka atau tidak pada tarikh berkenaan perlu dimuktamadkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Kabinet.

“Kita mengalu-alukannya (cadangan pembukaan sempadan) tetapi keputusan tak boleh dibuat di peringkat ini… kena tunggu perkara ini dibawa ke Kabinet atau Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri,” katanya,lapor Astro AWANI.

Perdana Menteri akan putuskan pembukaan sempadan negara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker