Inspektor suruh gadis mangsa rogol kangkang dan merogol semula mangsa

 

Seorang inspektor polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kes rogol membabitkan mangsa berusia 16 tahun telah ditahan atas dakwaan merogol mangsa itu semasa melakukan soal siasat.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dipetik Harian Metro mengesahkan laporan dan penahanan pegawai itu, tetapi enggan mengulas lanjut memetik siasatan yang sedang berjalan.

Gadis itu telah membuat laporan polis pada 31 Dis terhadap pegawai penyiasat dari sebuah balai polis daerah dekat Alor Setar, Kedah.

Terdahulu, di balai yang sama juga dia pergi untuk merakam kenyataannya berhubung dakwaan asal dirogol bapa tirinya.

Menurut malaysiakini, pegawai polis itu didakwa merogol mangsa sekitar jam 6.30 petang pada 28 Dis lepas, selepas dia meminta untuk memeriksa bahagian sulit mangsa, kononnya sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

“Mangsa ketika itu sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan kemudian memintanya supaya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan terhadapnya,” kata sumber.

Sumber itu dilaporkan mendedahkan bahawa gadis itu kemudiannya terpaksa menanggalkan pakaian dan berbaring di atas katil di dalam bilik penyiasatan di mana dia didakwa dirogol.

Selanjutnya, sumber berkata kejadia berlaku hampir 30 minit dan selepas itu mangsa diminta pegawai polis terbabit memakai kembali pakaiannya selain turut diberitahu yang kes berkenaan belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.

Menteri: Tiada siapa di atas undang-undang

“Susulan daripada itu, mangsa yang sudah tidak bersekolah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas tiga hari ia berlaku dan dia juga dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan.

“Remaja perempuan itu juga sudah dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal,” kata sumber itu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said mengingatkan terdapat peraturan khusus untuk mengendalikan mangsa penderaan seksual kanak-kanak.

“Saya memandang serius kes ini dan menegaskan terdapat prosedur khusus untuk mengendalikan mangsa kanak-kanak iaitu Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 dan Garis Panduan Pengurusan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

“Tiada siapa yang berada di atas undang-undang,” tegasnya pada ciapan di Twitter.

Menurut garis panduan itu, polis perlu membawa mangsa yang disyaki penderaan seksual kanak-kanak ke hospital kerajaan, bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan.

Sebaik tiba di jabatan kecemasan hospital, mangsa akan dikendalikan oleh kakitangan perubatan yang telah dilatih mengendalikan kes disyaki penderaan dan pengabaian kanak-kanak (Scan).

Azalina, yang pernah menjadi menteri undang-undang semasa garis panduan itu digubal pada 2017, bertindak sebagai penasihat jawatankuasa yang menulis garis panduan berkenaan.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]

InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker