Pemergian Pele diratapi pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia

PEMERGIAN legenda bola sepak Pele pada Khamis menerima reaksi duka daripada kalangan peminat, pemimpin, dan juga selebriti di seluruh dunia.
Antara yang terawal menitipkan kata-kata ialah bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

“Pelé adalah antara yang terhebat pernah bermain permainan yang indah itu.

“Dan sebagai salah seorang atlet paling dikenali di dunia, mendiang memahami kuasa sukan untuk menyatukan orang ramai.
“Doa dan ingatan kami buat keluarga mendiang serta semua yang mengasihi dan mengaguminya,” tulis Obama.
Bekas pelari pecut Usain Bolt turut menitipkan ucapan takziah kepada mendiang.

“Legenda sukan. Damailah kamu di sana, Raja Pele,” tulis Bolt.

Pasukan kebangsaan England dalam tweetnya turut menyanjung kehebatan Pele dan mengungkapi kata-kata legenda bola sepak itu akan sentiasa dikenang.

“Antara yang terbaik menghiasi permainan yang indah.

“Selamat tinggal, Pelé. Anda tidak akan dilupakan,” tulis tweet itu.

Kalangan pemain bola sepak juga tidak melepaskan peluang mengucapkan takziah buat pemain bola sepak tersohor dunia itu pagi ini, antaranya Leo Messi dan Cristiano Ronaldo.

Portal GOAL dalam pada itu menitipkan kata-kata Pele susulan kematian seorang lagi bintang bola sepak terkemuka dunia Diego Maradona dua tahun lalu.

“Satu hari nanti, saya harap kita dapat bermain bola sepak bersama di sana,” tulis Pele pada 2020.

Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.
Dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat, Pele merupakan satu-satunya pemain yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali dan menjulang trofi itu pada 1958, 1962 dan 1970.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker