Polis gagalkan cubaan larikan kereta bersama enam murid (Video)

Polis gagalkan cubaan larikan kereta bersama enam murid (Video)

Ranau: Cubaan seorang lelaki melarikan sebuah kereta dinaiki enam murid gagal apabila diberkas polis dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Pinousuk, Kundasang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, suspek diberkas anggota unit kereta peronda polis (MPV) Balai Polis Kundasang dengan bantuan orang ramai.

Video kejadian itu turut tular di media sosial yang memaparkan suspek diberkas polis dan orang ramai sambil kedengaran suara kanak-kanak yang menangis.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung seorang lelaki yang melarikan kereta Proton Persona.

Katanya, lelaki terbabit juga turut membawa enam murid di dalam kenderaan berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek diberkas dan polis turut menerima maklumat mengenai video tangkapan pihak polis ke atas suspek yang tular di media sosial.

“Polis sedang menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Simiun berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini bolehlah salurkan maklumat berkenaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau,” katanya. HM

Polis gagalkan cubaan larikan kereta bersama enam murid (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker