Lelaki gila bayang mati ditembak pada kemaluan

Seorang lelaki di Thailand maut selepas ditembak pada perut dan kemaluan kerana  sering mengganggu dan menyerang bekas teman wanitanya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Chawarit Tirananon ditembak mati oleh rakan bekas kekasihnya, Thanonsak Pruemarporn selepas dia menyerang dan membelasah wanita berkenaan.

Dalam kejadian kelmarin, Chawarit disahkan mati selepas dibawa ke hospital setelah ditembak oleh bekas pegawai SEAL Tentera Laut Diraja Thailand itu.



Bekas teman wanitanya,  Sanatsada Piwita berkata, Chawarit cuba memenangi hatinya kembali, namun sikap lelaki itu yang sering mengekorinya membuatkan dia ketakutan.

Justeru, dia meminta Thanonsak membantu melindunginya daripada sikap ganas Chawarit.

Pada hari kejadian, Chawarit dan seorang rakannya dikatakan menunggu Sanatsada di hadapan rumahnya, membuatkan wanita itu ketakutan dan menghubungi Thanonsak.

Sebelum Thanonsak tiba, Chawarit melepaskan beberapa das tembakan ke arah trak pikap milik Sanatsada sebelum mengheret wanita itu keluar daripada  kenderaan  dan membelasahnya.



Sejurus tiba, Thanonsak menembak Chawarit dalam usaha mempertahankan diri, namun peluru mengenai perut dan zakar lelaki tersebut lalu membunuhnya.

Thanonsak pada awalnya menghadapi dakwaan membawa senjata api di tempat awam tanpa kebenaran.

Namun, polis kemudian mengumumkan akan melakukan siasatan terperinci mengenai kes tersebut. Keputusan sama ada Thanonsak akan didakwa kerana membunuh hanya akan diumumkan selepas siasatan selesai. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM



Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?



Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker