Menteri Pelancongan tegur Menteri Kesihatan, ‘Jangan cetuskan panik Covid-19’

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing hari ini menegur rakan sejawatnya, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad kerana menimbulkan keresahan orang ramai terhadap situasi Covid-19 di negara ini.

Ini berlaku selepas Dr Dzulkefly mengadakan sidang akhbar khas pada minggu lepas untuk bercakap mengenai peningkatan kes koronavirus, yang didakwa Tiong telah menjejaskan pelancongan dan ekonomi Malaysia.

Tiong menggesa menteri kesihatan supaya lebih berhati-hati apabila memberi maklumat mengenai Covid-19 agar “tidak menimbulkan ketakutan yang tidak perlu dan meresahkan orang ramai.”



“Tidak dinafikan bahawa Covid-19 merupakan isu kesihatan awam yang penting dan tidak boleh ‘disorok bawah karpet’.

“Namun, kita juga tidak seharusnya bertindak secara berlebih-lebihan sehingga menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk.

“Penting untuk kita mengelakkan daripada menimbulkan ketakutan dan mewujudkan persepsi negatif terhadap Malaysia, terutamanya sektor pelancongan sekaligus merugikan ekonomi negara.

“Saya membuat rayuan ini berdasarkan kepada kebimbangan serta aduan yang dinyatakan oleh kedua-dua industri pelancongan dan orang ramai. Kita perlu mengambil pendekatan realistik, dengan mengambil kira perbezaan situasi semasa dengan situasi yang pernah berlaku sebelum ini ketika wabak mula menular.



“Penting untuk kita mengelakkan daripada menimbulkan ketakutan dan mewujudkan persepsi negatif terhadap Malaysia, terutamanya sektor pelancongan sekaligus merugikan ekonomi negara,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Tiong meminta Dzulkefly mempertimbangkan kesan Covid-19 terhadap ekonomi Malaysia dan membandingkan pendekatannya dengan cara menteri kesihatan Indonesia menangani situasi itu.

Menurut Tiong, walaupun menteri kesihatan Indonesia telah mengeluarkan kenyataan mengenai koronavirus, dia menjelaskan bahawa situasi pandemik untuk perayaan Krismas dan Tahun Baru akan datang tidak berada pada tahap yang membimbangkan.

“Perbandingan kenyataan menteri kesihatan kedua-dua negara dengan mudah menimbulkan tanggapan seolah-olah Malaysia jauh lebih berbahaya daripada Indonesia.



“Ini boleh menyebabkan pelancong mengelak daripada mengunjungi Malaysia dan memilih negara jiran Indonesia, seterusnya menyebabkan kerugian ekonomi kepada Malaysia,” katanya lagi.

Pada sidang media 18 Dis lalu, Dzulkefly, yang baru kembali ke pejabat Kementerian Kesihatan berikutan rombakan kabinet baru-baru ini telah mengingatkan orang ramai mengenai peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini.

Dia juga menjawab kebimbangan yang menular di media sosial sama ada akan berlaku sekatan pergerakan atau tidak, menegaskan kerajaan tidak berhasrat mempertimbangkan langkah sedemikian pada masa ini.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker