Father’s Organic Farm mohon maaf terhadap semua mangsa terlibat

 

BATANG KALI – Pihak pengurusan Father’s Organic Farm mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di bawah kawasan seliaanya pada Jumaat lalu.

Father’s Organic Farm dalam satu kenyataan di Facebooknya melahirkan rasa dukacita dan simpatinya terhadap semua mangsa dan waris yang terkesan akibat tragedi berkenaan.



“Hati kami bersama anda semua dan semoga roh mereka yang terkorban tenang di sana.

“Kami juga mendoakan mangsa yang terselamat sembuh sepenuhnya dan jaga diri baik-baik,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Father’s Organic Farm turut menghargai usaha semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat ke semua mangsa.

“Kami dengan rendah memohon maaf kepada semua mangsa terjejas akibat traged,” jelasnya.



Dalam tragedi pada jam 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Jalan Genting – Batang Kali.

Setakat semalam, sembilan mangsa masih hilang manakala 24 lagi disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terbabit dalam tragedi itu.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker