GPS, GRS komited bersama kerajaan perpaduan Fadillah

GPS, GRS komited bersama kerajaan perpaduan Fadillah

Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited kepada kerajaan perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.

Pemimpin Malaysia Timur paling kanan dalam kerajaan persekutuan itu berkata, ini sebabnya beliau dan Armizan Ali dari GRS menghadiri ceramah Pakatan Harapan-Barisan Nasional di sini, malam tadi.



“GPS, GRS akur untuk menubuhkan kerajaan perpaduan atas satu hasrat, di samping menghormati titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan stabil dan kukuh.”

Beliau berkata, GPS dan GRS komited merealisasikan aspirasi kerajaan perpaduan untuk membangunkan ekonomi dan memperjuangkan kesejahteraan rakyat.

Ketua whip GPS itu berkata, penting bagi kerajaan negeri untuk sejajar dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan pembangunan negara lebih baik.

Beliau menggesa pengundi Negeri Sembilan menyokong calon BN-PH pada PRN Sabtu ini.



Armizan, menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak, berkata parti dalam kerajaan perpaduan perlu berbangga kerana mereka mampu bekerjasama walaupun mempunyai ideologi berbeza.

Katanya, kehadiran Pengerusi GRS, Hajiji Noor dan rakan sejawatannya dari GPS, Abang Johari Openg pada hari penamaan calon untuk menyokong calon PH-BN bukti komitmen dua gabungan itu kepada kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, pengkritik gabungan perpaduan menyifatkan parti dalam kerajaan umpama “tidur satu bantal, mimpi lain-lain”.

“Saya ingin nyatakan di sini bahawa mimpi kita semua adalah serupa, untuk memastikan Malaysia bangkit, untuk memastikan kita dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat.” FMT



GPS, GRS komited bersama kerajaan perpaduan Fadillah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid



Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan



Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker