PM raikan tradisi Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2021

PM raikan tradisi Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2021

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob buat julung kali hadir pada Malam Wartawan Malaysia 2021 bagi meraikan tradisi beprestij ini dalam menghargai sumbangan pengamal media dan para wartawan negara.

Beliau berkata, tradisi ini telah dimulakan sejak 40 tahun yang lalu bagi menentukan mercu tanda profesionalisme keawartawanan negara.

“Saya amat menyedari tentang pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pengamal media pada masa kini yang berhadapan dengan asakan teknologi komunikasi seperti jaringan internet dan media sosial yang telah menyaingi media tradisional sehingga dapat mencorakkan semua perkara, termasuk media serta politik.

“Namun saya percaya, media tradisional masih mempunyai tempat dan kekal relevan walaupun diasak dengan kehadiran media baharu yang boleh diakses melalui gajet daripada komputer, tablet hinggalah kepada telefon pintar,” katanya ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, media kewartawanan dalam bentuk tradisional juga tidak berakhir dengan cabaran dunia digital kerana masyarakat di luar masih memerlukan sumber berita dalam bentuk cetak atau ‘hard copy’.

“Pengamal media dan para wartawan perlu mempertahankannya, jangan mengalah,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya berkata, sambutan MWM kali ke-40 ini telah berjaya disempurnakan walaupun di tunda sebelum ini ekoran Covid-19.

“Dalam menjayakan MWM 2021 ini, MPI amat menghargai sokongan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Di samping itu, MPI turut berterima kasih kepada badan-badan korporat yang turut menghulurkan sumbangan bagi menghidupkan Malam Wartawan Malaysia,”ujarnya. K Online

PM raikan tradisi Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2021


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker