Wanita belasah teman lelaki kaki pukul

Wanita berkenaan turut melempar kerusi ke arah lelaki itu sehingga memaksanya untuk melarikan diri. – Twitter

 

JAKARTA – Satu rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV)  memaparkan aksi seorang wanita berlawan dengan  lelaki dipercayai kekasihnya kerana mempertahankan diri menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum melihat sikap berani gadis tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman Twitter itu, kelihatan seorang lelaki dan wanita sedang bertengkar pada permulaan video.

Lelaki itu kemudian secara tiba-tiba menampar muka wanita tersebut.



Wanita itu tidak berdiam diri, sebaliknya mempertahankan dirinya dan berlawan kembali sehingga lelaki itu jatuh tersungkur.

Wanita berkenaan kemudiannya melempar kerusi ke arah lelaki itu sehingga memaksanya untuk melarikan diri.

“Ini cara untuk membuatkan lelaki kaki pukul taubat nasuha wahai para gadis,” tulis keterangan pada hantaran tersebut.

Video itu menerima berjuta-juta tontonan dengan puluhan ribu tanda suka daripada netizen.



“Setiap wanita seharusnya wajib mempunyai kebolehan mempertahankan diri untuk mengelakkan diri daripada lelaki-lelaki yang seperti itu,” kata seorang netizen. – Agensi

Wanita belasah teman lelaki kaki pukul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DAP, PKR gaduh kenapa babitkan kami?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker