Batu Bulan mampu bekal oksigen kepada penduduk Bumi selama 100,000 tahun

Sebaran :

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) percaya bahawa batuan di permukaan Bulan berpotensi menyimpan bekalan oksigen yang mencukupi untuk menampung populasi sedia ada 8 bilion penduduk Bumi bagi tempoh 100,000 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star semalam.

Meskipun batuan itu dikatakan mempunyai simpanan oksigen, tiada satu pun daripadanya berada dalam bentuk gas yang boleh digunakan untuk bernafas.

Sebaliknya, ia terperangkap di dalam lapisan batuan dan habuk halus yang meliputi permukaan Bulan digelar regolith.

Namun, NASA percaya bahawa sekiranya oksigen dapat diekstrak daripada  regolith, terdapat peluang bahawa Bulan berpotensi menampung kehidupan manusia.



Kajian dijalankan NASA mendapati bahawa permukaan Bulan mempunyai banyak oksigen yang terperangkap dalam bentuk oksida silika, aluminium, besi serta magnesium, manakala regolith terdiri daripada 45 peratus kandungan oksigen.

Disebabkan itu, NASA menjangkakan bahawa Bulan dapat menyalurkan gas oksigen kepada hidupan di Bumi untuk 100,000 tahun akan datang sekiranya oksigen tersebut dapat diekstrak.

Buat masa ini, NASA sedang mengumpul batuan tersebut menerusi misi Artemis NASA dan ia digunakan dalam kajian lanjut sehingga organisasi itu menemui cara untuk mengekstraknya dengan berkesan. – Agensi

Batu Bulan mampu bekal oksigen kepada penduduk Bumi selama 100,000 tahun




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DAP, PKR gaduh kenapa babitkan kami?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *