Lelaki rentung selepas nahas di Tuaran

Lelaki rentung selepas nahas di Tuaran

TUARAN: Seorang lelaki rentung selepas Perodua Bezza dipandunya terbabit kemalangan di Jalan Kampung Tambalugu di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Mohd Fairuz Jasni, 38, ditemui rentung selepas keretanya dipercayai bertembung dengan Perodua Myvi.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.48 petang.

“Kemalangan membabitkan Perodua Myvi yang dipercayai bertembung dengan Perodua Bezza hingga menyebabkan Perodua Bezza terbakar sepenuhnya.

“Seorang mangsa dilaporkan rentung dalam Perodua Bezza,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa dikeluarkan pada 7.21 malam tadi, selepas kebakaran dipadamkan.



“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dua mangsa dalam Perodua Myvi tidak mengalami kecederaan. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.25 malam.” FMT

Lelaki rentung selepas nahas di Tuaran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j



Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker