‘Mood’ perayaan kembali, industri runcit terima lonjakan

‘Mood’ perayaan kembali, industri runcit terima lonjakan

Jumlah kehadiran orang ramai ke pusat beli belah menjelang perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu menjadi petunjuk bahawa keyakinan pengguna kembali pulih selepas kejatuhan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Peruncit dan pengendali pusat beli- belah dilaporkan merekodkan peningkatan dari segi jumlah pengunjung serta jualan.

Keinginan orang ramai untuk membeli belah juga menyaksikan lonjakan baharu pada minggu pertama Disember, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls HC Chan.

Walaupun situasi itu disumbangkan sempena permulaan cuti persekolahan, Chan menjangkakan pertumbuhan itu berterusan sehingga dua ke tiga minggu mendatang.

Presiden Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Andrew Lim, juga berkongsi sentimen sama. “Kita sudah menyaksikan pertambahan membabitkan kehadiran pengunjung dan jualan,” katanya kepada FMT Business.

Lonjakan pada musim perayaan merupakan kepada lanjutan kepada lantunan semula yang bermula pada penghujung suku keempat, pada 2021, selepas sekatan Covid-19 ditarik balik dengan peruncit kembali membuka perniagaan mereka, pada 16 Ogos.

Kesan terhadap pemulihan menjadi semakin ketara bermula sembilan bulan pertama 2022. Pengurus Besar Kumpulan Peruncit Malaysia, Tan Hai Hsin, berkata dalam laporan awal menunjukkan sektor runcit menyaksikan peningkatan 45.9% dalam tempoh itu, berbanding tempoh sama, pada 2021.

Pada penghujung tahun lalu, Chan berkata, perolehan jualan di Sunway Mall melepasi paras pra-Covid-19. Pemulihan berterusan selama beberapa bulan dan beliau meramalkan keseluruhan peningkatan trafik pengguna akan mencapai peningkatan hampir 15% melebihi paras pra-pandemik, menjelang penghujung tahun ini.

“Kita boleh mengatakan bahawa 2022 merupakan tahun pemulihan bagi sektor runcit,” katanya.

Beliau menjangkakan jumlah jualan sekurang-kurangnya 12% lebih tinggi berbanding 2019, setahun sebelum pandemik melanda. Tahun itu merupakan tahun bersejarah kepada Kumpulan Sunway.

“Setakat ini, kita menjalani 15 bulan jualan tanpa gangguan yang sudah melepasi paras sebelum pra-pandemik,” kata Chan.

Katanya, lonjakan kehadiran pengunjung menjelang sambutan Krismas lebih baik daripada jangkaan.

Lim berkata, peningkatan jualan itu disumbangkan sentimen pengguna yang lebih baik untuk kembali berbelanja.

Faktor lain yang menyumbang adalah kestabilan politik susulan PRU15. “Orang ramai kini lebih yakin mengenai hala tuju politik negara,” katanya.

Katanya, pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS, sejak minggu lalu juga memberi kelebihan kepada peruncit. “Memandangkan ramai yang membeli barang import untuk sambutan Krismas, pengukuhan ringgit akan mengurangkan sebarang peningkatan harga kesan inflasi,” katanya. FMT

‘Mood’ perayaan kembali, industri runcit terima lonjakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker