Terima kasih, saya sudah berkahwin – Dr Syed Aliff Fauzan

Terima kasih, saya sudah berkahwin – Dr Syed Aliff Fauzan

Gara-gara sering membuat sesi siaran langsung di TikTok bersama ahli perniagaan Nur Sajat, Dr Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad, 28, mula mendapat perhatian dalam kalangan netizen.

Memiliki rupa paras kacak, ramai beranggapan doktor yang kini bertugas di Klinik Kesihatan Ujong Pasir, Melaka itu adalah ‘buah hati’ baharu Sajat.

Menurutnya, setiap kali membuat sesi siaran langsung termasuk di ruangan komen video yang dimuat naik, dia dihujani dengan soalan ‘nakal’ itu.

“Saya tak boleh elak mulut orang nak bercakap. Saya baca komen ‘nakal’ dan spekulasi macam tu. Cuma, ingin dijelaskan saya bukan seperti yang mereka perkatakan. Saya sudah berkahwin dan tahu menjaga batas dengan orang lain. Jadi, apabila timbul spekulasi ini, tak ada masalah untuk saya.

“Saya buat tak tahu saja. Siapa kenal saya, mereka tahu saya dah berkahwin. Kebanyakan yang bertanya ini dalam kalangan peminat dan pengikut Sajat. Saya jawab macam biasa saja, tak melenting pun.

“Kami tak pernah berjumpa pun, kenal dan berhubung di TikTok saja. Tidak dinafikan, setiap kali saya buat sesi siaran langsung, memang dapat perhatian lebih. Orang akan tegur ‘inilah doktor yang buat ‘live’ dengan Sajat. Tak terkejut, cuma saya nak orang tahu, saya bukan artis pun, saya orang biasa saja,” katanya.

Menurutnya, kemunculan Sajat pada sesi siaran langsung itu lebih kepada perkongsian mengenai kesihatan.

“Sebelum ini saya memang selalu buat siaran langsung dan buat video soal jawab mengenai penyakit dan kesihatan. Jadi, ada sekali tu, Sajat nak turut serta dan bertanya soalan. Selepas beberapa kali bersiaran langsung bersama, barulah kami saling mengikuti. Malah, pernah sekali masa Sajat buat siaran langsung, saya pula masuk.

“Selain dari soalan mengenai penyakit, ramai juga bertanya mengenai peribadi saya. Mereka tanya bekerja di mana, solo atau tak dan banyak lagi. Apa pun, saya nak berterima kasih juga pada Sajat, sebab selepas itu jumlah yang menonton dan ‘likes’ video saya bertambah. Apa yang bagusnya juga, ramai lagi menonton, turut serta dan bertanya soalan sewaktu saya buat siaran langsung. Jadi, saya boleh buat penerangan lebih lagi mengenai kesihatan,” katanya. HM

Terima kasih, saya sudah berkahwin – Dr Syed Aliff Fauzan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker