Ketua Pemuda Umno Seremban masuk PAS

Ketua Pemuda Umno Seremban masuk PAS

Ketua Pemuda Umno Seremban Zool Amali Hussin mengesahkan akan menyertai PAS.

Ketika dihubungi FMT, beliau berkata borang keahlian penyertaannya akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha pada Sabtu.

“Kita juga akan membuka kaunter untuk siapa yang mahu jadi ahli PAS pada Sabtu nanti,” katanya.

Ditanya adakah ia membabitkan keseluruhan jawatankuasa Pemuda bahagian itu, Zool berkata keseluruhan ahli yang keluar Umno akan diumumkan pada sidang media di kediamannya di Seremban selepas sesi penyerahan borang keahlian berkenaan.

Zool sebelum ini antara yang lantang mengkritik kepimpinan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya menjadi punca orang Melayu hilang keyakinan terhadap parti itu.

Sumber turut memaklumkan FMT, Zool telah dikeluarkan daripada kumpulan sembang WhatsApp “Ketua Pemuda Malaysia”.

“Kami dah singkir dia (Zool) dari kumpulan (WhatsApp), dia keluar Umno sebab tak sokong presiden,” menurut sumber rapat dengan perkara itu.

Berdasarkan jemputan yang dilihat FMT, Zool akan mengadakan penyerahan borang keahlian dan sidang media pada 5 petang Sabtu. FMT

Ketua Pemuda Umno Seremban masuk PAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker