Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau sentiasa memantau prosedur operasi standard (SOP) terutamanya sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung.

Bahkan, katanya, kempen daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut berada dalam pemerhatiannya.

“Sudah pasti Yang Berhormat Pekan (Najib) ada dalam perhatian saya sentiasa setiap hari dan saya akan maklumkan kepada pihak penguatkuasa,” katanya.

Isu tersebut dibangkitkan RSN Rayer (PH – Jelutong) yang merujuk kepada rakaman video memaparkan Najib menurunkan tandatangan pada sebuah motosikal ketika berada di Melaka.

Menurut Rayer, insiden itu bukanlah kali pertama Najib dirakamkan melanggar SOP semasa berada di Melaka.

“Saya akan hantarkan video itu kepada Menteri, minta tindakan diambil. Kompaun maksimum RM50,000 kepada YB Pekan,” kata Rayer.

“Ya, malu apa bossku,” jawab Khairy ringkas sebelum meneruskan penggulungan Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan tiada aktiviti perhimpunan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam dua program berasingan melibatkan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sebaliknya, siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mendapati, aktiviti kedua-dua pemimpin itu lebih berbentuk ‘walkabout’.

Bagaimanapun, menurut KKM, kedua-dua penganjur program tetap dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ini berikutan kegagalan penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program tersebut.-AA

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker