Kerajaan tidak berkompromi dengan pelaku rasuah, kata PM selepas CPI jatuh


KERAJAAN tidak pernah dan tidak akan berkompormi dengan mana-mana pelaku rasuah. Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, tindakan tegas terhadap pelaku rasuah akan diambil mengikut prinsip kedaulatan undang-undang.

Perkara itu ditegaskan oleh beliau, berikutan keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 negara pada skor sebanyak 51 mata daripada 100 mata dan kedudukan 57 daripada 180 negara yang diumumkan oleh Transparancy International.

Manurutnya, walaupun skor dan kedudukan negara menurun berbanding tahun 2019 namum dasar dan komitment kerajaan dalam memerangi rasuah dan meningkatkan tadbir urus kerajaan adalah jelas serta berterusan.

“Seperti mana yang telah dimaklumkan pada pringkat awal pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional Pelan Antirasuah Nasional (NACP) masih diteruskan bagi meningkatkan tadbir urus kerajaan selain mengurangkan dan menutup peluang-peluang rasuah dalam pentabiran kerajaan.

“Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah juga sentiasa melihat kepada kaedah dalam meningkatkan tadbir urus dalam pentabiran kerajaan,” katanya.

Malaysia jatuh enam anak tangga ke kedudukan ke-57 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2020.

Semalam Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, skor Malaysia juga menurun dua mata kepada 51 daripada 100 mata berbanding tahun sebelumnya, dalam tinjauan CPI itu.

Skor dan kedudukan CPI adalah berdasarkan 13 tinjauan dan penilaian pakar yang mengukur persepsi tahap rasuah dalam sektor awam negara ini pada skala sifar (dianggap paling rasuah) sehingga 100 (dianggap paling bersih).

Denmark dan New Zealand berkongsi tangga pertama dengan 88 mata sebagai ‘negara bersih’ manakala negara yang berada di kedudukan terbawah dengan mencatat skor terendah ialah Syria (14 mata) serta Sudan Selatan dan Somalia masing-masing dengan 12 mata.

Dalam kalangan negara ASEAN, Singapura berada di tangga teratas diikuti Brunei (ke-35) dan Malaysia (ke-57).

Kedudukan Malaysia menurun berikutan pembaharuan institusi terhenti dan terdapat beberapa kes berprofil tinggi yang melepas tanpa membebaskan mereka yang didakwa.

Sebab lain termasuk akses terhad kepada maklumat mengenai perkara kepentingan awam, skandal daging tidak halal, kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh penjawat awam yang berterusan, perkembangan atau kemas kini kes berprofil tinggi yang terhad dan kerajaan masih belum membentangkan Rang Undang-Undang Perolehan Awam. SM

Leave a Reply