‘Saya kesal, saya sanggup demi mendapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya, – Shuk Sahar

 

KUALA LUMPUR: Pelawak Shuk Sahar mengaku kesilapan sendiri jadi punca dirinya didakwa curang terhadap isteri yang hangat diperkatakan netizen, sejak minggu lalu.

Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar tampil buat kali pertama sejak kontroversi tercetus, melalui keterangan video yang dimuat naik di Instagram TV (IGTV), sebentar tadi.

“Setiap orang melakukan kesalahan. Ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.

[VIDEO] Penyampai Radio Terkenal HOTFM Kantoi Curang Lagi, Isteri Terjah Rumah Skandal

Shuk berkongsi detik pertemuan dengan dua puteri kesayangannya melalui IG Story. Foto IG Shuk Sahar
Shuk berkongsi detik pertemuan dengan dua puteri kesayangannya melalui IG Story. Foto IG Shuk Sahar

“Iya, bukan senang dan bukan mudah untuk menjernihkan air yang keruh,” luahnya.

“Apapun, saya sanggup demi mendapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya,” katanya.

Kesal dengan apa yang berlaku, pengacara program I Can See your Voice ini berjanji untuk memperbaiki semula hubungan dengan isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah demi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Video durasi 1.35 saat itu menyaksikan Shuk melayan dua puterinya, Nur Qurratu Ain yang berusia empat tahun dan Nur Assyifatu Aimi, 12 bulan, yang dikatakan sudah lama tidak ditemui.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kemelut rumah tangga Shuk apabila Rossalennah membuat pendedahan berani mengenai kecurangan suaminya.

Melalui beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rossalennah mendedahkan Shuk masih curang bersama wanita lain di belakangnya.

Rossalennah juga mendakwa suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama yang pernah dikaitkan dengan Shuk sebelum ini.

Berikutan masalah peribadinya itu, pengurusan stesen radio Hot FM menggantung perkhidmatan Shuk sebagai penyampai, serta-merta mulai Isnin lalu.

 

Isu Curang : Shuk Sahar Digantung Sementara Dari 🔥Hot FM🔥

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker