Lelaki Bangladesh didenda RM3,500 sengaja bangkitkan kemarahan awam

Lelaki Bangladesh didenda RM3,500 sengaja bangkitkan kemarahan awam

KLANG – Seorang lelaki warga Bangladesh didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dengan sengaja mendatangkan aib dan kemarahan kepada seorang lelaki tempatan, yang akibatnya akan memecahkan keamanan awam ekoran memasang Jalur Gemilang secara terbalik bulan lepas.

Hosin Md Diplap, 27, turut diperintah oleh Majistret P. Sarulatha menjalani hukuman penjara selama lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda itu. Hosin membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, operator pengeluaran itu didakwa dengan sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan tindakan marah itu bakal memecah keamanan awam di sebuah unit pangsapuri di Jalan Muhibbah, Bukit Raja, di sini pada 12.40 tengah hari 26 Nov lepas.

Lelaki tersebut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, Hosin ditegur oleh seorang individu kerana memasang Jalur Gemilang secara terbalik pada 26 Nov lepas di sebuah unit pangsapuri di Bukit Raja, di sini sebelum ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 8.34 malam hari yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Jannah Aimi memohon hukuman maksimum dikenakan kepada Hosin supaya ia memberi pengajaran kepadanya susulan tindakan yang tidak menghormati negara ini.

Hosin yang tidak diwakili peguam meminta maaf atas tindakannya itu dan menzahirkan rasa sayang kepada negara ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh di Klang pada 26 Nov lepas selepas dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar rumahnya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan mengenai perbuatan lelaki berusia 30-an itu kira-kira 12.40 tengah hari berikutan pengerusi komuniti penduduk kawasan perumahan itu cuba menasihatinya namun dia bertindak melawan dan membuat provokasi selain enggan membetulkan kedudukan bendera tersebut. MG

Lelaki Bangladesh didenda RM3,500 sengaja bangkitkan kemarahan awam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker