Kenyataan provokasi, Ramasamy dipanggil mengadap Bukit Aman

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dipanggil ke Bukit Aman pada Khamis berhubung kenyataan didakwa berunsur “provokasi” mengaitkan pihak berkuasa agama Perlis dengan isu anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Ramasamy ketika dihubungi berkata, beliau akan ke Bukit Aman bersama peguamnya pada 11 pagi nanti.

“Saya tentu akan bekerjasama dengan polis. Saya tiada apa-apa untuk disembunyikan. Saya bersedia kerana tidak mempunyai sebarang isu agama di pihak saya.



“Saya hanya menyuarakan kebimbangan seorang ibu yang kehilangan anak-anaknya dan kini beliau sudah mendapatkan anaknya kembali,” =

Ramasamy meminta polis turut menyiasat Mufti Perlis, Asri Zainul Abidin kerana mendakwa isu terbabit pada mulanya menjadi isu agama dan perkauman disebabkan Asri dan “gengnya”.

Pada 23 Feb lalu, polis dilaporkan sedang menyiasat Ramasamy berhubung hantaran Facebooknya bertajuk “Penukaran agama secara unilateral di Perlis? Perasaan situasi yang berulang lagi”.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 dan 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selepas polis menerima laporan terhadap pemimpin DAP itu.



Pengislaman tiga anak Loh tanpa kebenarannya oleh Jabatan Agama Islam Perlis menjadi polemik, selepas pelbagai pihak menyatakan tindakan itu bercanggah keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2018, yang menetapkan kebenaran ibu dan bapa wajib untuk menukar agama anak di bawah 18 tahun.

Kenyataan provokasi, Ramasamy dipanggil mengadap Bukit Aman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker