Jangan lupa Palestin – Faizal Tahir

Jangan lupa Palestin – Faizal Tahir

Penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Faizal Tahir, 44, berharap mana-mana produksi program hiburan termasuk rancangan popular Gegar Vaganza (GV) di saluran Astro dapat menyelitkan elemen kesedaran kepada penonton mengenai keadaan terkini saudara Islam di Palestin.

Menurut Faizal, platform televisyen seperti siaran rancangan hiburan juga diyakini mampu memberi impak dalam usaha mengajak penonton dan orang ramai untuk sama-sama mendoakan keselamatan penduduk di Palestin yang kini sedang berat diancam Israel.



“Minggu depan diharapkan bolehlah pihak produksi GV menggunakan platform yang sedia ada untuk memberi sedikit ruang dan masa bagi memberi kesedaran kepada semua yang menonton tentang apa yang sedang berlaku dan melanda rakyat Palestin pada saat ini.

“Ia bagi mengingatkan orang ramai untuk terus berdoa buat saudara Islam kita di sana. Insya-Allah, bermanfaat untuk semua. Dalam keseronokan berhibur janganlah kita lupa pada mereka yang sedang dilanda kesusahan dan diuji dengan dahsyatnya pada waktu ini sedang kita masih mampu menjalani kehidupan seharian dengan penuh keselesaan.

“Semoga ianya menjadi amalan yang mampu menjadi saham kita di akhirat kelak, Insya-Allah Assalamualaikum dunia,”katanya .

Faizal berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram semalam.



Terdahulu, menerusi hantaran yang sama, penyanyi lagu Gemuruh ini memuji persembahan peserta GV All Stars iaitu Naqiu yang membawakan lagu Santai nyanyian asalnya.

“Terima kasih Naqiu, memang padu. Alhamdulillah. Saya dah boleh bersara dan perah santan,”katanya. Utusan

Jangan lupa Palestin – Faizal Tahir

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker