Bayi dalam kandungan maut selepas dihentam muatan lori

Bayi dalam kandungan maut selepas dihentam muatan lori

PASANGAN suami isteri masih trauma selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak pertama mereka.

Nahas telah meragut nyawa bayi dalam kandungan serta menyebabkan kecederaan teruk pada ibu yang sarat mengandung.



Menerusi satu perkongsian di Facebook Ding Sheng Koh semalam, muatan lori itu didakwa melebihi had keselamatan sehingga menjadi punca kemalangan.

Kemalangan tersebut berlaku di Gerik menuju ke Titiwangsa, pada Oktober yang lalu.

Dia yang berkongsi rakaman papan pemuka menunjukkan sebuah lori di laluan bertentangan memandu secara laju sehingga menyebabkan muatan dibawa terjatuh lalu menghempap dua buah kenderaan.

Kata Sheng Koh, syarikat lori tersebut tidak mengambil sebarang tindakan susulan kejadian tersebut walaupun sudah hampir dua bulan berlalu.



“Kemalangan ini boleh dielakkan, tetapi ia disebabkan oleh pemandu yang melulu dan kecuaian syarikat lori yang menjadi punca.

“Tiada sesiapa dari syarikat lori telah menghubungi untuk memohon maaf atau mengucapkan takziah sejak kemalangan itu berlaku,” tulisnya.

Luahnya lagi, kerana kejadian itu juga ia telah memusnahkan harapan keluarganya dan setiap hari terpaksa melihat isterinya menangis.

“Disebabkan kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya terbelah, tiga tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera.



“Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam sangat nak rampas dia daripada kami?,” tanya Sheng Koh. Utv

Bayi dalam kandungan maut selepas dihentam muatan lori


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah



Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker