Anwar mengadap Agong lagi

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan sesi mesyuarat Pra-Kabinet itu berlangsung selama 45 minit bermula 4.15 petang.

“Sesi ini juga adalah yang pertama buat Anwar selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lalu,” menurut kenyataan itu.



Turut dimuat naik tiga keping gambar menunjukkan Perdana Menteri mengadakan perbincangan dengan Seri Paduka.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan serta isu berkaitan kerajaan.

– Bernama

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker