Resepi sambal ikan bilis betik muda

Resepi sambal ikan bilis betik muda

Menu sambal ikan bilis betik muda ini memang sangat ringkas dan mudah. Enak dijadikan lauk makan bersama nasi. Rasa sekali pasti nak lagi.

Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan resepi yang menyelerakan ini.

Bahan-bahan



1 biji betik muda – hiris halus memanjang
3 labu bawang besar – hiris nipis
3 sudu besar pes cili
2 batang serai
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
1 mangkuk ikan bilis
5 sudu besar minyak besar
Gula melaka secukup rasa
Sedikit garam halus

CARA MENYEDIAKAN

1.Mula-mula, goreng bilis hingga garing. Ketepikan dan tuskan minyaknya.
2.Dengan minyak yang sama, goreng serai hingga wangi.
3.Kemudian tumis bawang. Masukkan pes cili dan goreng hingga cili masak dengan api perlahan.
4.Masukkan gula melaka, asam gelugur dan curahkan santan. Kacau rata dan masak hingga santan naik minyak.
5.Seterusnya masukkan betik. Masak dengan api perlahan hingga betik empuk.
6.Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kacau rata. Hidangkan

Resepi: Rosemah Ibrahim



Resepi sambal ikan bilis betik muda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker