RM2.8 bilion diperlukan untuk pulih LRT Kelana Jaya

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan RM2.8 bilion bagi projek baik pulih dan menaik taraf perkhidmatan transit ali­ran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang kerap mengalami gangguan sejak setahun lalu.

Faktor utama gangguan ter­sebut disebabkan sistem pe­ngangkutan awam itu sudah ‘tua’ iaitu 24 tahun.

Bercakap kepada Minggu­an Malaysia, Ketua Pegawai Ek­se­kutif Prasarana, Mohd. Az­haruddin Mat Sah berkata, pi­haknya merangka tiga peran­cangan bagi tempoh lima tahun untuk menstabilkan sistem pe­ngangkutan awam tersebut iaitu menambah baik sistem kawalan tren automatik (ATC), menambah 27 buah lagi tren dan menambah baik kemudahan fasiliti di semua stesen LRT.

“Semua penambahbaikan tersebut sepatutnya telah dilakukan dua atau tiga tahun lalu kerana Laluan Kelana Jaya sudah berusia dan menjadi keperluan utama pengangkutan awam Lembah Klang di ibu negara,” kata beliau.

Sejak mengetuai Prasarana pada 15 Julai 2021, pembaikan sistem ATC antara keutamaan Mohd. Azharuddin kerana bukan sahaja mahu memberi keselesaan kepada orang ramai tetapi menjamin keselamatan agar insiden kemalangan pada 24 Mei tahun lalu tidak berulang.

“Sistem ATC memang pe­ran­cangan paling penting kami setelah mendapat persetujuan lembaga pengarah yang membabitkan dua fasa. Fasa satu dengan menelan kos RM150 juta dan kedua pula menelan RM210 juta yang masih dalam kajian.

“Dengan penukaran ATC, ia dapat memastikan sistem ini stabil dan ini sangat penting,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau, perkhidma­tan LRT Laluan Kelana Jana pada bulan lepas mengalami gangguan operasi untuk bebe­rapa hari akibat masalah ATC sebelum perkara itu berjaya dibaiki oleh pakar teknikal Ra­pid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dan pihak OEM Thales Group.

Selain itu, kata beliau, Pra­sarana juga mahu menambah sebanyak 27 lagi tren dengan lapan daripadanya sudah dite­rima manakala bakinya dijangka tiba secara berperingkat bermula Julai tahun depan sehingga Disember 2024.

“Hala tuju perkhidmatan Laluan Kelana Jaya untuk masa depan sangat penting. Oleh itu, saya menekankan bahawa Laluan Kelana Jaya yang telah beroperasi sejak 1998 perlu ada tiga perkara iaitu penambahbaikan sistem dan komunikasi, tren dan penyelenggaraan insfrastrutur yang sepatutnya dilakukan dua hingga tiga tahun lalu kerana sudah lama, sudah tiba untuk tambah baik.

“Penambahan seba­nyak 27 tren lagi itu dilakukan secara berperingkat yang kese­muanya bernilai RM1.7 bilion.

“Prasarana juga sedang menyelenggara 35 set sedia ada khususnya set tren yang sudah berusia lebih 14 tahun de­ngan membabitkan kos RM800 juta,” kata beliau.

Menurut Azharuddin, perkara itu amat penting untuk mencapai frekuensi dan kekerapan tren kepada tiga minit.

“Tren laluan Kelana Jaya amat sibuk terutama waktu pun­cak. Maka kajian sedang dilakukan bagi memenuhi ke­perluan menjelang tahun 2030.

“Perancangan terakhir ka­mi adalah memperbaiki infra­struktur di semua stesen di bawah pengendalian Prasarana misalnya masalah lif dan eska­lator yang sering dapat banyak komen sosial dan ini dijangka selesai pada Disember ini. Selain itu, masalah lampu dan kebocoran sedang ditangani pihak kami,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Azha­ruddin berkata, pihak­nya ber­cadang memperkenalkan sistem sensor yang berfungsi mengumpul data pergerakan tren sekali gus dapat memberi jangkaan ke­pada Prasarana terhadap ke­rosakan bakal dialami.

“Dengan data ini dapat me­ngurangkan gangguan tren. Ini langkah baharu dan penting untuk membuat penyelenggaran lebih awal berbanding kita lakukannya ketika kerosakan. Seperti cara sebelum ini, kita buat penyelenggaran ikut masa, tetapi cara ini ada keka­ngan iaitu apabila ada masalah, baru kita baiki,” katanya.

Bagaimanapun ujarnya, dalam melaksanakan langkah baharu itu, ia memerlukan bakat baharu khususnya dalam jurutera Prasarana dengan latihan supaya mekanisme pembaharuan tersebut dapat mengelakkan isu gangguan tren.

Beliau dalam pada itu, memohon maaf di atas kejadian gangguan LRT yang berlaku sejak kebelakangan ini dan pihaknya sentiasa memastikan aspek keselamatan pengguna di samping memberi jaminan soal keselesaan termasuk pelan sokongan supaya mereka sampai ke destinasi masing-masin

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker