Berebut isteri orang, dua lelaki sanggup bertumbuk

 

Gara-gara berebut wanita bergelar isteri orang, dua lelaki bergaduh di hadapan sebuah warung sehingga cedera akibat menggunakan senjata tajam, lapor laman berita Kompas semalam.

Pergaduhan itu berlaku di depan sebuah warung kopi di Surabaya, wilayah Jawa Timur pada Isnin lalu. Berikutan kejadian tersebut, kedua-dua lelaki tersebut cedera pada telapak tangan dan terpaksa dirawat di sebuah hospital.



Kedua-duanya dikatakan bergaduh kerana berebut seorang wanita yang masih bergelar isteri kepada seorang lelaki lain.

Bapa kepada wanita tersebut berkata, perkahwinan anaknya sememangnya sedang bermasalah.

Walaupun mengalami keretakan hubungan, anak perempuannya itu berkahwin dengan salah seorang lelaki yang bergaduh itu, dikenali sebagai WH, walaupun masih bergelar isteri.

Dia kemudian menjalinkan pula hubungan sulit dengan lelaki kedua, AG, yang menjadi punca pergaduhan antara kedua-dua mereka.



“Selepas berkenalan dengan AG, dia jarang pulang. Hanya dua minggu sekali,” kata bapa wanita tersebut seperti dipetik daripada laman berita TribunJatim.

Dalam pergaduhan tersebut, AG datang dengan menyembunyikan sebilah parang sepanjang 30 sentimeter (sm) di dalam kain pelekat yang dipakai sebelum berlaku pergaduhan antara dia dan WH. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]



Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker