Israel guna bom fius jarak dekat letup hospital di Gaza – Pakar senjata

Israel guna bom fius jarak dekat letup hospital di Gaza – Pakar senjata

ANKARA: Israel didakwa menggunakan bom fius jarak dekat yang mengakibatkan letupan kuat ke atas sebuah hospital di Gaza.

Menurut pakar amunisi, Engin Yigit, kemungkinan besar serangan dilakukan Israel dengan menggunakan bom berpandu Mark-84 (MK-84).

Beliau mengambil kira imej detik serangan itu yang kebarangkalian menggunakan bom MK-84 yang dilengkapi ‘Joint Direct Attack Munition’ (JDAM) seberat 910 kilogram (kg) yang ditingkatkan.

Beliau berkata JDAM adalah satu kit panduan yang dipasang pada bahagian depan atau belakang permukaan bagi membolehkan bom MAK-82, MAK-83 dan MAK-84 dikawal.

“JDAM adalah sejenis kit yang membolehkan penghantaran tepat bom ke sasaran.

“Kit berkenaan yang dipasang pada bom menjadikan ia bom pintar dan keupayaan untuk serangan tepat,” katanya seperti dipetik laporan agensi berita Anadolu.

Yigit berkata terdapat beberapa fius untuk meletupkan bom dan ada boleh meletup apabila terkena impak, manakala yang lain boleh meletup pada saat dan ketinggian seperti dikehendaki sebelum hentaman.

“Bom dengan fius jarak atau sensor jarak mungkin tidak mencipta kawah di mana ia meletup.

“Serangan hospital di Gaza mungkin serupa. Setinggi mana bom meletup boleh ditetapkan oleh pengguna,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan Gaza menyemak semula angka mangsa, menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 471 orang terbunuh dan 342 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza lewat Selasa. BH

Israel guna bom fius jarak dekat letup hospital di Gaza – Pakar senjata

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker