Bersatu dijangka bergolak dan berpecah kerana prestasi buruk dalam pilihanraya

SHAH ALAM – Susulan Barisan Nasional (BN) menepati ramalan mengekalkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, seorang penganalisis politik meramalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal berpecah dalam masa terdekat.

Pengurus Besar Unit Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Ariffin Abdul Munir berkata, jangkaan itu dibuat susulan negeri Johor dianggap kubu kuat kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kekalahan parti itu serta Perikatan Nasional (PN) pastinya memberi isyarat tidak baik kepada ahli-ahli parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas beliau, masalah itu diburukkan lagi dengan tindak-tanduk sebilangan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyokong kerajaan PN selepas peristiwa Langkah Sheraton tahun 2020, dengan kelompok ini kemudiannya menubuhkan sebuah parti baharu bersifat pelbagai kaum iaitu Parti Bangsa Malaysia (PBM).



“Umum mengetahui kelompok bekas pemimpin PKR yang kemudiannya menyokong kerajaan PN ini, menubuhkan PBM atas sokongan dana dan pengaruh pemimpin-pemimpin tertentu dalam Bersatu dan berjawatan menteri dalam kerajaan sekarang.

“Kelompok bekas menteri daripada PKR ini dipercayai masih kekal di dalam Bersatu dan tidak menunjukkan kecenderungan menyertai PBM susulan mahu mempertahankan jawatan dimiliki mereka.

“Namun, kelompok ini dipercayai akan menunjukkan ‘belang sebenar’ dengan keluar daripada Bersatu setelah PN kalah teruk pada PRN Johor. Ini kerana mereka bimbang Bersatu dan PN semakin tidak relevan di mata pengundi dan PBM dianggap platform alternatif terbaik untuk mereka mengekalkan kuasa kerana parti itu merangkumi pelbagai kaum,” ujarnya kepada Sinar Premium pada Sabtu.

PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi DUN.



PRN Johor ini juga adalah pilihan raya pertama di negara ini bagi anak muda merasai sendiri pengalaman keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat, melibatkan 173,177 individu berusia 18 hingga 20 tahun.

UMNO-BN membuktikan dominasi parti itu memenangi PRN Melaka dengan majoriti dua pertiga tahun lalu bukan satu kebetulan.

Ini kerana koalisi itu berjaya mengekalkan rentak bergaya pada PRN Johor apabila memenangi 40 kerusi DUN, di mana 33 DUN dimenangi UMNO, MCA (empat) dan MIC (tiga).

Pakatan Harapan (PH) yang turut disertai Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda) berjaya meraih 13 kerusi manakala PN hanya memenangi tiga kerusi DUN.



Sebelum ini, terdapat spekulasi mengaitkan beberapa pemimpin Bersatu seperti Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkemungkinan bakal menyertai PBM dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, khabar angin itu dinafikan kedua-dua bekas pemimpin PKR berkenaan.

Mengulas lanjut, Khairul Ariffin turut mendakwa keputusan PBM bertanding pada PRN Johor meskipun baru diambil alih Disember tahun lalu, dipercayai atas ‘arahan’ segelintir bekas pemimpin PKR yang masih berada dalam Bersatu.

Ditambah dengan pendirian PBM menyokong kerajaan sedia ada, beliau yakin satu penghijrahan besar-besaran sebilangan pemimpin Bersatu ke dalam parti itu akan berlaku sebelum pelaksanaan PRU15.



“Dengan pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti yang berkemungkinan akan diluluskan Parlimen dalam masa terdekat, masa semakin suntuk kepada kelompok pemimpin Bersatu cenderung kepada PBM untuk berhijrah ke parti baharu itu.

“Saya melihat kemungkinan besar kelompok bekas pemimpin PKR ini akan membuat keputusan drastik menyertai PBM selepas PRN Johor,” tegasnya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker