Tiga doktor gigi ‘haram’ warga Indonesia ditahan

Tiga doktor gigi ‘haram’ warga Indonesia ditahan

Tawar rawatan pergigian menerusi TikTok dengan harga serendah RM100 sehingga RM1,400.

Itu perkhidmatan disediakan ‘doktor’ warga Indonesia yang tidak mempunyai sebarang tauliah rawatan pergigian.

Bagaimanapun tindakan tiga lelaki itu terbongkar selepas premis di Sungai Way di sini, diserbu Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, semalam.



Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan Kesihatan Pergigian) Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr Izwan Abd Hamid berkata, serbuan pada jam 12.10 tengah hari itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurutnya, operasi khas itu berjaya menahan tiga lelaki Indonesia yang disyaki menjalankan dan menawarkan rawatan pergigian di premis tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Siasatan awal mendapati kegiatan itu beroperasi sejak tahun lalu.

“Suspek dikatakan mempromosikan perkhidmatan mereka di TikTok dengan tawaran harga sekitar RM100 hingga RM1,400 bergantung perkhidmatan yang diberikan,” katanya.



Dr Izwan berkata, pihaknya turut mengesan penggunaan ‘Dental Clinic’ di dinding rumah berkenaan dan itu adalah dianggap satu penyamaran.

Katanya, soal siasat mendapati kira-kira lapan pelanggan hadir ke rumah suspek dalam tempoh seminggu untuk mendapatkan perkhidmatan.

“Seorang daripada suspek juga menawarkan khidmat datang ke rumah pelanggan selain sekali perkhidmatan di Johor dan Pulau Pinang setiap sebulan,” katanya.

Menurutnya, semua suspek yang berusia antara 18 hingga 36 tahun itu kini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) 1998 kerana menyediakan klinik pergigian tanpa pendaftaran selain Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018 kerana menjalankan amalan pergigian oleh orang yang tidak berdaftar.



“Tindakan juga diambil mengikut Seksyen 63(1)(e) Akta Pergigian 2018 iaitu secara palsu menyamar sebagai pengamal.

“Pihak imigresen turut mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga suspek kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63,” katanya. HM

Tiga doktor gigi ‘haram’ warga Indonesia ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker