Dirempuh trak pikap ketika berteduh, seorang maut, dua cedera

Keadaan mangsa yang meninggal dunia akibat dirempuh sebuah pikap ketika berteduh di perhentian bas di Jalan Sebangkoi di sini.

Seorang lelaki meninggal dunia, manakala adik perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas dirempuh sebuah pikap ketika berteduh di perhentian bas di Jalan Sebangkoi di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 12.01 tengah hari, kesemua mangsa yang menaiki sebuah motosikal sedang berteduh di perhentian bas berkenaan kerana hujan.

“Setibanya di tempat kejadian, sebuah Toyota Hilux telah melanggar penunggang motosikal yang berhenti di perhentian bas semasa hujan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa yang berusia 39 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala, adiknya yang berusia 27 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu telah dihantar ke Hospital Sarikei.

Selain itu, pemandu pikap terbabit, iaitu lelaki berusia 32 tahun turut cedera akibat tersepit di dalam kenderaan berkenaan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker