Permit Import (AP) Makanan Dimansuhkan – Perdana Menteri

Permit Import (AP) Makanan Dimansuhkan – Perdana Menteri

Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia seperti yang dikenakan sebelum ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

“Ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport bahan makanan masuk ke negara kita. Jadi kalau dulu ada AP lembu, AP daging (dan) macam-macam lagi, mulai hari ini kita tiada AP lagi,” kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 “Semarak Aidilfitri, Keluarga JPM dirai” di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai cadangan yang dibuat oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan kerajaan mengaktifkan semula Majlis Khas Jaminan Makanan, beliau berkata, MAFI telah diminta untuk mengemukakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek dengan segera bagi mengurangkan kesan yang dialami akibat krisis perang Rusia-Ukraine.

Bakan, jelas Perdana Menteri, Kabinet hari ini juga turut meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengambil tindakan segera dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang meningkat ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan menyedari situasi ketika ini menyebabkan faktor kenaikan kos sara hidup yang dialami agak sukar dielakkan disebabkan krisis dan isu global termasuk inflasi yang melanda dunia ketika ini.

“Seperti yang kita tahu ini fenomena global akibat peperangan antara Rusia dan Ukraine yang memberi kesan kepada seluruh dunia.

“Kalau kita tengok negara lain dari segi inflasinya terus meningkat, hanya kita Malaysia sahaja yang kekal di paras 2.2 peratus. Negara lain seperti Amerika Syarikat sudah sampai ke tahap 8.7 peratus,” katanya.

Mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan bahawa sekumpulan kartel industri ternakan ayam merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes terhadap kerajaan yang dikatakan lambat membayar subsidi harga ayam sebanyak 60 sen, beliau berkata, MAFI perlu mempercepatkan proses pembayaran sekiranya benar berlaku sedemikian.

“Saya dimaklumkan mereka belum buat tuntutan daripada penternak. Saya tak tahu salah siapa, jumlah yang dikeluarkan itu memang agak kecil berbanding peruntukan yang sedia ada.

“Saya dapat laporan ada prosedur-prosedur tertentu yang agak melewatkan jadi kita minta supaya MAFI percepatkan dari segi pembayaran,” tegas beliau lagi.

Permit Import (AP) Makanan Dimansuhkan – Perdana Menteri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker