Calon Ketua PKR Cabang Tambun Nafi Seleweng Dana, Terlibat Dadah

Calon Ketua PKR Cabang Tambun Nafi Seleweng Dana, Terlibat Dadah

IPOH – Calon Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tambun, Mustapa Mansor menyatakan kesediaan untuk disiasat oleh mana-mana pihak atas pelbagai tuduhan termasuk terlibat dalam penyelewengan dana dan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, semua tuduhan dilemparkan itu tidak berasas dan berniat untuk mencalar imej dalam usaha menggagalkan usaha merebut jawatan Ketua PKR Cabang Tambun.



Jelas Mustapa, pihaknya sudah membuat laporan polis pada Selasa menafikan dakwaan menerusi satu video yang tular di media sosial memaparkan beberapa tuduhan tersebut.

“Saya menafikan semua tuduhan yang dilemparkan itu malah saya sedia disiasat dan akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Serangan peribadi seperti ini ketika pemilihan tidak sepatutnya berlaku di dalam PKR.

“Calon-calon yang bertanding sepatutnya lebih matang dengan menampilkan idea-idea bernas untuk menyelesaikan permasalahan rakyat dan parti, bukan mencari keburukan lawan untuk menang,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mustapa berkata, budaya memburukkan lawan untuk menang sepatutnya tidak ada di dalam PKR yang dilihat jauh lebih matang dan terbuka dari parti-parti politik lain.



Menurutnya, pemilihan PKR kali ini perlu menjadi medan mengeluarkan pandangan dan idea untuk dinilai ahli parti sama ada pemimpin yang bakal dipilih itu mempunyai penyelesaian kepada masalah rakyat atau sebaliknya.

Dalam pada itu, dia yang juga Timbalan Pengerusi Otai Reformis berkata, segala tuduhan dan fitnah dilemparkan itu tidak langsung melunturkan semangat dalam pemilihan kali ini.

Jelasnya, ahli-ahli akan menilai gerak kerja dan kemampuan pemimpin mereka menyelesaikan masalah dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah serta serangan peribadi dalam memilih ketua pada pemilihan kali ini.

Menerusi klip video berdurasi 31 saat yang tersebar di media sosial beberapa hari lalu memaparkan gambar Mustapa dengan tuduhan terlibat dalam kegiatan jenayah.



Pada Selasa, seorang wanita membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penyelewengan dana melibatkan salah seorang calon ketua PKR sebuah cabang di Perak.-SH

Calon Ketua PKR Cabang Tambun Nafi Seleweng Dana, Terlibat Dadah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker