Kenapa De Paula Dipanggil, Dia Tak Main Pun…

Kenapa De Paula Dipanggil, Dia Tak Main Pun…

Tindakan jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon menyenaraikan penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula bukan saja mengundang kecaman penyokong, malah ia sebenarnya menjatuhkan imej pengendali dari Korea Selatan itu.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa, agak menghairankan apabila seorang pemain yang langsung tidak beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), tetap tersenarai untuk menyertai kem latihan pasukan kebangsaan.

Katanya, berdasarkan kaedah Sains Sukan, seseorang pemain yang terpilih seharusnya mempunyai minit permainan dan pendedahan aksi kompetitif yang sudah diuji dalam saingan liga.

Begitupun, Sadek melihat seolah Pan-gon cuba mewujudkan suasana pemilihan baharu dengan menetapkan sekadar menjalani latihan dengan kelab saja sudah boleh dipanggil ke kem negara.

“Apa yang dilakukan Pan-gon memang akan dikecam, apatah lagi ketika beliau dibantu dengan pasukan juruanalisis sendiri yang dibawa dari Korea Selatan untuk membantunya.

“Tapi dalam perlawanan, lawan bukanlah kawan sepasukan tetapi lawan sebenar. Situasi memang berbeza dan tidak sama ketika latihan.

“Jadi saya lihat seolah-olah Pan-gon cuba wujudkan suasana pemilihan baharu dengan pemain yang sekadar berlatih pun boleh terpilih. Kalau begitu, mungkin pemain yang berada di kampung pun boleh dipanggil selepas ini.

“Jadi bagi saya, beliau sendiri sebenarnya membuatkan penyokong meragui kredibilitinya selepas sebelum ini dilihat cukup tegas dalam soal persiapan skuad kebangsaan dengan meninjau setiap aksi Liga M di semua venue,” katanya yang juga pensyarah kanan di Fakulti Sains Sukan di UiTM, Shah Alam.

Semalam, Pan-gon mengumumkan senarai 29 pemain untuk melaporkan diri mulai esok bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa serta Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan depan.

Daripada senarai panjang itu, De Paula antara tonggak yang dipanggil semula selepas kali terakhir dia menyarung jersi negara ketika Piala AFF di Singapura, Disember lalu.

Malah, dalam latihan pusat sulung di bawah kendalian Pan-gon pada Mac lalu, kelibat De Paula tiada dalam pasukan, namun untuk kem kali ini, tonggak kelahiran Brazil itu dipanggil, sekalipun langsung tidak beraksi sama ada dalam skuad utama JDT atau JDT II.-HM

Kenapa De Paula Dipanggil, Dia Tak Main Pun…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker