Tak Bayar Hutang, Wanita Maut Tangan, Telinga & Payudara Dikerat

Tak Bayar Hutang, Wanita Maut Tangan, Telinga & Payudara Dikerat

Di New Delhi, India, seorang wanita dibunuh dengan kejam gara-gara tidak membayar hutang yang dipinjamnya. Lebih ngeri, tangan, payudara dan telinganya turut dikerat.

Hutang nak bayar majlis kahwin anak

Menerusi laporan OpIndia, mangsa yang dikenali sebagai Neelam telah meminjam wang daripada seorang individu untuk membiayai majlis perkahwinan anak perempuannya. Namun begitu, mangsa dikatakan gagal untuk membayar balik pinjaman tersebut. Menurut polis, kejadian itu tidak membabitkan isu keganasan perbezaan etnik dan agama. Meskipun tidak membabitkan isu keganasan, pihak polis telah meningkatkan kawalan dengan menempatkan beberapa pasukan di kawasan berhampiran jambatan Scindia sebagai langkah berjaga-jaga.

Shakeel Miyan dan Juddin Mian menyerang wanita itu pada Sabtu lalu. Wanita itu juga mengalami luka tikaman di kepala dan belakang. Namun, tiada siapa yang datang membantunya. Sebelum tidak sedarkan diri, Neelam menamakan penyerangnya dan ia dirakam telefon bimbit saksi.
Ujar pihak polis lagi, kedua-dua suspek berjaya diberkas selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis.

Siasatan mendapati mangsa dan penyerangnya berjiran dan mempunyai hubungan mesra. Dia meminjam wang daripada lelaki itu untuk majlis perkahwinan anak perempuannya tetapi tidak dapat membayarnya semula hingga mengakibatkan suspek menyerangnya dengan senjata tajam. Mangsa diberi pertolongan cemas di hospital tempatan sebelum dirujuk ke Hospital Perubatan Jawaharlal Nehru, namun dia meninggal dunia ketika menerima rawatan. OB

Tak Bayar Hutang, Wanita Maut Tangan, Telinga & Payudara Dikerat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker