Afif dakwa Saifuddin campur tangan siasatan

Afif dakwa Saifuddin campur tangan siasatan

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berhubung dakwaan penyelewengan dana RM600 bilion ketika era pentadbiran PN memperlihatkan tindakan mahu campur tangan.

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Shah Alam, Dr Afif Bahardin berkata tindakan Saifuddin itu sesuatu yang mengejutkan.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya campur tangan politik yang jelas oleh menteri, dalam mengarahkan polis tentang cara menjalankan tugasnya.

“Ini adalah dendam politik dalam bentuk yang paling jelek,” kata Afif, yang juga bekas Adun Seberang Jaya pada satu kenyataan.

Semalam, Saifuddin berkata dia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkenaan isu dana RM600 bilion didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Saifuddin Nasution berkata dia akan mendapatkan pandangan daripada ketua polis mengenai isu dibangkitkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam sidang media perdana menteri itu di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Afif yang juga calon PN yang tewas di Shah Alam pada PRU15 lalu berkata Saifuddin tidak perlu membincangkan secara spesifik sebarang siasatan dengan polis.

“Itu adalah bidang kuasa polis, dan tidak boleh ada campur tangan politik atau menteri.

“Sungguh mengerikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipanggil perdana menteri reformis, pada minggu pertamanya memegang jawatan membuat tuduhan sedemikian tanpa sebarang bukti untuk menyokongnya.

“Lebih memalukan apabila Menteri Dalam Negerinya, pada hari kedua memegang jawatan, (seolah-olah) merancang untuk terbabit dalam menjalankan siasatan,” katanya.

Afif yang juga bekas ahli PKR turut mendakwa Anwar cuma membuat propaganda apabila mengulangi dakwaan RM600 bilion dan kemudian menghasut pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan mereka sendiri.

“Walaupun ini mungkin biasa di negara-negara seperti Korea Utara, ia adalah menjijikkan di Malaysia yang sepatutnya menjadi negara demokrasi,” tambah Afif.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 pernah dibangkitkan bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pada 15 Nov lepas.

Semalam juga, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata beliau tidak takut untuk disiasat susulan dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika mengetuai pentadbiran sebelum ini. Mk

Afif dakwa Saifuddin campur tangan siasatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker