‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menuntut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan bagaimana beberapa statut berhubung Artikel 61, 82 dan 88 berfungsi terhadap pemilik kelab dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sekiranya didapati mengkritik badan induk itu.

Jelas Khalid, jika peraturan sama turut terpakai ke atas pemilik kelab, seharusnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu didakwa oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM seperti mana yang pernah dikenakan ke atas jurulatih ataupun pegawai pasukan.

Katanya, kelab swasta yang bersekutu di bawah Persatuan Bolasepak Negeri (FA Negeri) masing-masing sebenarnya masih terikat dengan artikel itu yang melarang individu membuat kenyataan atau komen semasa temu ramah berhubung isu membabitkan FAM tanpa kebenaran.

Malah, dalam artikel sama juga dilarang untuk mengecam mengenai urusan pentadbiran hal ehwal FAM dan ia termasuk soal pengurusan skuad kebangsaan.

“Ada klausa (peraturan) melarang mereka yang dalam bola sepak negara mengkritik secara terbuka. Macam saya tak mengapa, sebab saya bukan jurulatih atau dalam FA negeri.

“Sebelum ini, ramai dah jurulatih dan pegawai yang dah kena gantung sebab mengeluarkan kenyataan kepada FAM. Di sinilah pertanyaan timbul, adakah pemilik kelab boleh sesuka hati kritik FAM.

“Kalau tak boleh, kenapa tidak ada tindakan. Mana boleh ada double standard dalam kuatkuasakan peraturan. Perlu adil dan sebab itu ramai yang pandang serong kepada FAM.

“Saya nak tengok sampai bila dan ia senyap saja inilah yang dikatakan ‘tangan ghaib bercabang enam’,” kata Khalid yang juga bekas anggota skuad utama Olimpik 1980 negara.

Untuk rekod, beberapa pengendali pernah menjadi mangsa artikel 61, 82 dan 88 seperti B Sathianathan, Dollah Salleh, E Elavarasan dan terbaharu adalah jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya.

Di bawah artikel terbabit, individu yang aktif di peringkat tertinggi bola sepak negara dilarang mengeluarkan kenyataan negatif terhadap FAM di hadapan media secara terus atau inuendo yang boleh memberi kesan buruk kepada badan induk itu.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengkritik kelemahan pengurusan FAM terutama selepas tidak menepati perancangan asal untuk menghantar skuad bawah 23 tahun negara (B-23) apabila sebaliknya pada saat akhir mengubah kepada skuad senior.

Malah, kegagalan komunikasi daripada FAM yang tidak telus dalam menyampaikan maklumat berhubung status pemain yang tidak dipanggil turut menambahkan lagi masalah hingga menimbulkan persepsi tidak baik dalam kalangan penyokong. HM

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker