Mbappe makin cergas
Mbappe makin cergas

Miami: Pengendali Real Madrid, Xabi Alonso memberi bayangan positif mengenai tahap kecergasan Kylian Mbappe menjelang aksi suku akhir Piala Dunia Kelab selepas pasukannya menyingkirkan Juventus 1-0 pada perlawanan pusingan 16 terbaik, awal pagi tadi.
Mbappe yang sebelum ini terpaksa diketepikan sepanjang aksi peringkat kumpulan akibat gastroenteritis, akhirnya membuat penampilan sulung dalam kejohanan itu sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.
“Dari hari ke hari, dia semakin pulih. Saya percaya menjelang aksi suku akhir, dia akan berada dalam keadaan fizikal yang jauh lebih baik,” kata Alonso pada sidang media selepas perlawanan.
“Kami akan terus pantau perkembangannya setiap hari.”
Ketika ketiadaan bintang Perancis itu, pemain muda Gonzalo Garcia sekali lagi membuktikan kewibawaannya apabila menjaringkan satu-satunya jaringan perlawanan, gol ketiganya dalam kejohanan setakat ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
Alonso turut memuji aksi mantap Federico Valverde yang menjadi tunjang kepada kemenangan sukar Real ke atas gergasi Itali itu.
Pemain tengah Uruguay itu mencipta banyak peluang dan digelar Alonso sebagai ‘pemain lengkap’ yang memiliki sifat kepimpinan tinggi dan memberi impak kepada seluruh pasukan.
“Tindakannya atas padang bukan sahaja efisyen, malah menaikkan semangat rakan sepasukan,” kata Alonso lagi.
Pengendali Sepanyol itu turut mendedahkan perubahan taktikal penting yang membabitkan Vinicius Jr, apabila pemain Brazil itu dipindahkan kembali ke posisi asal di sebelah kiri pada babak kedua.
“Kami lihat bila dia diberi ruang di sebelah kiri, dia lebih selesa dan dapat menyerang dari luar ke dalam dengan lebih berkesan,” jelas Alonso.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Dari sudut pertahanan, Alonso turut memuji disiplin kolektif pasukannya yang berjaya mengehadkan peluang Juventus, satu lagi petanda kemantapan Madrid yang kini hanya dibolosi dua kali dalam empat perlawanan kejohanan itu.
Mbappe makin cergas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
You must be logged in to post a comment.