Shuib suami kiriman Tuhan – Watie

Shuib suami kiriman Tuhan – Watie

MASIH hangat merasai momen-momen selepas perkahwinan, isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah menggambarkan rasa teruja dapat membuat banyak perkara bersama suaminya itu buat pertama kali.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram milik usahawan itu, Shuib berpesan awal kepadanya untuk tidak dapat bercinta seperti pasangan lain malah sambutan hari jadi milik Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah pun dari jauh sahaja.



“Suami Kiriman Tuhan. Banyak benda sebenarnya pertama kali yang buat bersama dia ni. Dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tak macam bercinta dengan orang lain dia cakap.

“Bila ‘dating’ bawa kawan-kawan, bawa anak, bawa mak. Jalan tak boleh pimpin tangan dan tak ada makan malam berdua. Tak ada juga berjalan jauh bersama-sama.

“Bila nak buat kejutan untuk hari jadi kita pun, dia datang buat kejutan tapi duduk meja lain dan jeling-jeling dari jauh saja,” selorohnya di kapsyen.

Tambahnya, ahli perniagaan itu turut panjatkan rasa syukur atas kurniaan suami yang sanggup mengharungi bersama perjalanan mereka selama ini malah merasakan bersabar itu indah.



“Dan rupanya sabar itu indah. Allah nak kita lalui segala momen itu di saat yang tepat. Sekarang kita berdua tahu makna berbulan madu,” ungkapnya menerusi kapsyen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua malah Shuib atau Shahmira Muhammad, 38, turut meninggalkan komen memuji kapsyen tersebut.

“Alahai comelnya kapsyen dia. Love you.

“Moga berbahagia, sampai syurga, amin.



“Bahagia untuk kamu berdua. Maaf tak dapat datang majlis. Selamat pengantin baru Watie dan Shuib,” tulis mereka.

Untuk rekod, pasangan sejoli ini telah mengikat tali pertunangan 6 Mei lalu dan telah diijabkabulkan pada 23 Jun lalu dengan sekali
lafaz bertempat di Putra Glass Hall, Putra Height.

Shuib dan Watie dinikahkan oleh abang Watie sendiri iaitu Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali. Utv

Shuib suami kiriman Tuhan – Watie



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker