Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra – Norzie Pak Wan Chek
Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra – Norzie Pak Wan Chek
Bekas penyampai berita, Norzie Pak Wan Chek, berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Zamry Abd Kadir yang baru dilantik dan kakitangan Wisma Putra di Kementerian Luar serta Kedutaan Malaysia di Ireland, kerana membantu anak saudaranya yang terbabit insiden serangan perkauman, kelmarin.
Dalam kejadian malam Sabtu lalu, anak saudaranya bersama seorang rakan dan dua adiknya keluar membeli-belah pada saat-saat akhir sebelum mereka kembali ke tanah air keesokan pagi, selepas melawat Dublin, Ireland.
Keempat-empat mereka yang sedang menunggu bas untuk kembali ke rumah penginapan yang disewa secara tiba-tiba didatangi sekumpulan remaja lelaki yang melakukan provokasi seperti membaling tin kosong dan melemparkan kentang goreng kotor ke arah mereka.
Norzie dalam catatan menerusi akaun Facebook, menyatakan anak saudaranya dan tiga yang lain kemudian beredar bagi mengelak kejadian lebih buruk sebelum remaja yang mengganggu mereka tidak berputus asa mengganggu dengan jumlah yang lebih ramai.
Anak saudara Norzie Pak Wan Chek cedera pada muka. NSTP/Ihsan Facebook Norzie Pak Wan Chek
Anak saudara Norzie Pak Wan Chek cedera pada muka. NSTP/Ihsan Facebook Norzie Pak Wan Chek
“Pada masa sama, mereka mengejar dan mengelilingi anak saudaranya dengan basikal mereka serta membrek basikal dengan kuat bagi tujuan menakut-nakutkan selain mengancam membunuh anak saudara saya.
“Empat remaja terbabit mengambil besi tempat duduk basikal dan mula memukul anak saudara saya di belakang lehernya manakala rakan anak saudara saya ditumbuk pada bahagian lengan, mata dan belakang tubuh mereka,” katanya.
Katanya, kumpulan remaja yang melakukan serangan bagaimanapun melarikan diri selepas anak saudaranya itu menghubungi polis menerusi talian kecemasan manakala adik perempuan rakannya menjerit meminta pertolongan dalam keadaan hujan dan gelap.
“Nasib mereka baik apabila ditumpangkan oleh seorang individu yang melalui kawasan itu yang membawanya ke balai polis berhampiran apabila pihak polis belum tiba 30 minit selepas kejadian,” katanya.
Bimbang dengan keselamatan anak saudaranya, Norzie menghubungi seorang kenalannya di Wisma Putra, untuk meminta bantuan sebelum dia dihubungi sendiri oleh Zamry dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar.
“Apa yang ingin saya sampaikan, ialah meskipun belum melaksanakan tugas secara rasmi, Datuk Seri Zamry dan pasukannya di Kementerian Luar membantu saya sepenuhnya.
“Di lubuk hati saya, saya mengucapkan terima kasih dan saya tahu sekarang bahawa Wisma Putra kini dikendalikan ‘dalam tangan’ seseorang yang baik,” katanya.
Anak saudara Norzie dan rakannya dilaporkan diberikan pengawasan sepenuhnya oleh kakitangan Kedutaan Malaysia di Ireland sehingga mereka diterbangkan ke tanah air.
Malah, ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, pasukan keselamatan dan pegawai perubatan bersiap-sedia membawa mereka ke Hospital Serdang untuk rawatan susulan. BH
Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra – Norzie Pak Wan Chek
Baca Artikel Menarik:
- Anwar usik Mat Sabu: ‘Telur tak ada’
- BN, UMNO jadi mangsa dendam politik jika tidak sertai kerajaan perpaduan
- Nash sukar bergerak
- PH atau PN tak boleh bentuk kerajaan tanpa BN
- Polis panggil Hadi beri kenyataan
- Kerajaan tidak akan ‘kejar’ Azam Baki – Rafizi
- Isteri curang ditangkap khalwat
- Rafizi pertahan keputusan Anwar jadi Menteri Kewangan
- Melayu dalam Jemaah Menteri Anwar
- PN berebut pula Speaker Dewan Rakyat
- Ramasamy terus persoal hanya satu jawatan menteri kepada kaum India
- PAS tuntut peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen
- Aksi bahaya budak berpaut di belakang lori dirakam
- Penyelam lemas ketika mahu pecah rekod dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin
Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat
You must be logged in to post a comment.