Menteri Pengangkutan menyamar jadi pengguna LRT, mahu lihat keadaan sebenar

Anthony (berdiri dan memakai topi bewarna hitam) ketika meninjau keadaan LRT laluan Kelana Jaya semalam

PETALING JAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meninjau perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya secara mengejut pada hari pertama beliau menerajui Kementerian Pengangkutan (MOT) semalam

Tinjauan tersebut dilakukan tanpa pengetahuan pihak Prasarana dan media agar beliau dapat mengalami sendiri keadaan sebenar yang dilalui oleh para penumpang setiap hari.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP itu turut mengenakan pelitup muka dan topi bewarna hitam bagi mengelakkan daripada dikenali oleh orang ramai.

“Petang tadi, saya meluangkan masa dua jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT (laluan Kelana Jaya) ketika waktu puncak di antara pukul 5 hingga 7 petang.



“Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang. Saya memahami kesulitan yang dihadapi oleh pengguna LRT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Anthony berkata, satu menyuarat akan diadakan antara MOT dan pihak pengurusan tertinggi Prasarana.

“Mesyuarat itu akan dibuat dalam minggu ini juga untuk membincangkan hala tuju dan cara untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam,” ujarnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker