Mattel sasar keluarkan 500 juta kereta Hot Wheels setahun di Malaysia

Mattel sasar keluarkan 500 juta kereta Hot Wheels setahun di Malaysia

BUKIT MERTAJAM: Mattel Inc yang disenaraikan di Nasdaq menyasarkan unit tempatannya, Mattel Malaysia Sdn Bhd (MMSB), mengeluarkan lebih setengah bilion kereta mainan Hot Wheels setahun menjelang 2025, peningkatan pengeluaran sebanyak 20 peratus berikutan langkah pengembangannya yang dijangka selesai pada Januari tahun depan.

Naib Presiden Kanan bagi Pembuatan Global dan Operasi Asia Mattel, Soo Teck Heng, berkata MMSB kini mengendalikan kilang pembuatan Hot Wheels terbesar di dunia dan satu-satunya pengeluar kereta tunggal Hot Wheels di dunia, kereta mainan paling laris di dunia pada 2021.



“Pada masa ini, kilang ini mempunyai purata kapasiti pengeluaran kira-kira sembilan juta kereta seminggu atau kira-kira 440 juta kereta setahun, dan peningkatan pengeluaran sebanyak 20 peratus itu akan menghasilkan lebih setengah bilion kereta.

“Kami memilih Malaysia kerana ia memiliki tahap automasi dan inovasi, ditambah pula dengan tenaga kerja yang berbakat,” katanya kepada pemberita pada sambutan ulang tahun ke-40 Mattel, di sini, hari ini.

Teck Heng berkata, Malaysia memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan Mattel bagi operasi pembuatan, peralatan dan operasi komersial.

Pada masa ini, MMSB memiliki hampir 3,900 pekerja dan pengembangan kilangnya dianggarkan meningkatkan jumlah tenaga kerja sebanyak kira-kira 10 peratus kepada hampir 4,300 pekerja.



Menurutnya, pengembangan itu juga akan memberi manfaat kepada Mattel Development and Tooling Sdn Bhd, kilang kedua Mattel di Malaysia dengan kemudahan canggih bagi pembangunan produk, pembuatan model digital, reka bentuk acuan, dan pembuatan, yang ditubuhkan pada 1985.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang turut hadir pada majlis itu, berkata keputusan Mattel untuk terus melabur di Pulau Pinang adalah petunjuk kukuh usaha dan komitmen negeri itu dalam membangunkan persekitaran mesra kepada pemain industri dan menerajui perindustrian.

“Selama bertahun-tahun, Mattel juga berjaya membangunkan ekosistem yang berkembang maju untuk industri kereta mainan di Zon Perdagangan Bebas Perai. Kami amat berbesar hati melihat kesan limpahan positif yang dibawa Mattel kepada syarikat tempatan,” katanya. BH

Mattel sasar keluarkan 500 juta kereta Hot Wheels setahun di Malaysia




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker