BN-PN putus kerana Muhyiddin
BN-PN putus kerana Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) didakwa terlepas peluang membentuk kerajaan bersama dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas mahu menjadi Perdana Menteri.
Seorang pemimpin BERSATU yang enggan dikenali percaya, UMNO mungkin lebih terbuka untuk bekerjasama jika ia dipimpin oleh pemimpin yang lebih pragmatik seperti Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
“UMNO tahu Muhyiddin mahu menamatkan riwayat parti itu, jadi bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan PN.
“BERSATU pimpinan Hamzah boleh bekerjasama dengan UMNO dan PAS. Kunci kepada penerimaan UMNO ialah Hamzah, yang tidak mahu ‘membunuh’ UMNO, bukan seperti Muhyiddin.
“Beliau lebih terbuka untuk berkongsi kuasa (dengan UMNO). Realitinya semua orang tahu gabungan UMNO-BERSATU-PAS tidak akan dapat dihalang,” katanya seperti dipetik FMT.
Menurut sumber berkenaan, enam bulan akan datang adalah penting untuk ‘penyatuan’ BN-PN dan rakyat menantikan Muafakat Nasional 2.0 seperti itu.
Pada September lalu, Muhyiddin mengisytiharkan ‘perang’ terhadap BN dan mengatakan bahawa gabungan itu akan menjadi musuh utama PN pada PRU15 dan PN tidak perlu takut untuk berhadapan dengan mereka.
Pada PRU15, kesemua parti tidak mendapat majoriti dan menyebabkan Parlimen tergantung kerana tiada gabungan memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Pakatan Harapan mempunyai 82 kerusi, termasuk satu kerusi daripada MUDA dan lima daripada DAP Sarawak serta mempunyai jumlah terbesar dalam kalangan gabungan itu, manakala PN memenangi 73 kerusi dan daripada jumlah itu PAS menyumbang 49 kerusi. BN pula memenangi 30 kerusi dengan UMNO memperoleh 26 kerusi.
Berikutan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan PN dan PH bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun PN menolaknya kerana sudah menjadi prinsip gabungan terbabit sejak dahulu untuk tidak bersama PH.
Hamzah kemudian berkata, Majlis Tertinggi PN bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan PH, tetapi Muhyiddin menutup pintu untuk sebarang kerjasama, sambil menambah bahawa gabungannya akan menjadi pembangkang. BH
BN-PN putus kerana Muhyiddin
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi ‘penjilat’ Anwar – Wan Saiful
- 5 perkara yang sedang diteropong Anwar
- Sukar lupakan kisah manusia ditelan ular sawa
- Agong, Zafrul saksi perjanjian bersejarah Petronas dan syarikat minyak UAE
- Lebih baik PN berhenti berangan, nasihat Rafizi
- Anwar batal kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion
- BN belajar daripada kesilapan – Zahid
- Jangan cabar saya, Anwar beritahu Muhyiddin
- Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra – Norzie Pak Wan Chek
- Selamat Tinggal Muhyiddin, Jeffrey Kitingan sahkan STAR tinggalkan PN secara rasmi
- BN, PH lapor polis kenyataan ‘kerajaan luar tabii’ Sanusi
- Ah Long hantar konco serang lelaki di hospital, rampas kereta mahal
- Lelaki kahwini 20 wanita termasuk anak sendiri mengaku dirinya Nabi
- Tak cakap pun nak nikah – Ogy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j
Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN
You must be logged in to post a comment.