BN banyak tabur bakti di Tioman – Pengundi
BN banyak tabur bakti di Tioman – Pengundi
ROMPIN: Sokongan pengundi kepada calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain tidak pernah pudar sejak bergelar wakil rakyat.
Menurut seorang pengundi, Baharudin Ahmad, 49, BN banyak menabur bakti kepada rakyat sejak sekian lama dan tidak mungkin dia beralih sokongan kepada calon parti lain.
“Sebelum ini kerajaan BN stabil di Pahang, banyak kemudahan dan bantuan disediakan dalam usaha meringankan beban rakyat tanpa mengira bangsa.
“Amat rugi sekiranya kerajaan yang ada tidak dapat dikekalkan, rakyat seharusnya bersyukur dengan apa yang diterima sebaliknya tidak bertindak melawan arus,” katanya yang akan mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian, di sini.
Dia yang berasal dari Kampung Parit Pontian, dekat sini berkata, kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak pernah ketinggalan menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan rakyat.
Rakannya, Mohd Khairul Effendi Zakaria, 38 yang menetap di Kampung Sungai Puteri, berkata, BN terbukti mampu membela nasib orang Melayu selain menjaga Islam dan dapat mengekalkan keamanan negara.
“Saya berharap BN dapat terus kekal di DUN Tioman, telah banyak kemajuan dibawa untuk keselesaan rakyat dalam dan luar bandar termasuk Pulau Tioman yang terkenal sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.
“Bagi pengundi muda mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan fenomena semasa, fikir secara bijak sebelum mengundi,” katanya yang berharap kemenangan berpihak pada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.
Katanya, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan menasihatkan anak mereka yang kali pertama mengundi supaya memilih BN.
Dalam saingan PRU15 yang dijadualkan Rabu ini, DUN Tioman pada awalnya menyaksikan saingan lima penjuru membabitkan calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim; Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN); Osman A Bakar (PEJUANG), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan (PH)) dan Sulaiman Bakar (Bebas).
Bagaimanapun PH mengambil pendirian, memberi laluan kepada calon BN sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.
Setiausaha Agung AMANAH, Dr Mohd Hatta Md Ramli, sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya memandang pilihan raya DUN Tioman sebagai satu pertembungan kerajaan baharu Pahang dengan kelompok ekstremisme kaum dan agama.
Pengundian PRU15 DUN Tioman ditangguhkan selepas calon PN bagi kerusi itu, Md Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada hari pengundian 19 November lalu.
DUN Tioman mempunyai 28,465 daftar pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis, dan tiga pengundi tidak hadir luar negara. BH
BN banyak tabur bakti di Tioman – Pengundi
Baca Artikel Menarik:
- Azhar kosongkan kerusi Speaker
- Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Isnin – Anwar
- Tak salah pilih Watie – Shuib
- Dua lelaki ‘gatal’ ditahan cuba cabul pelancong [VIDEO]
- Kanye West bangga video seks dengan Kim Kardashian
- Shah Rukh Khan tunai umrah
- Jangan ulangi lantikan menteri kewangan tidak kompeten seperti 22 bulan lalu
- Setahun jadi doktor palsu lakukan pelbagai pembedahan akhirnya ‘kantoi’
- Keluarga Pengantin Perempuan batalkan perkahwinan kerana gagal dapat geran rumah [VIDEO]
- Pemain JDT tolak panggilan skuad Harimau Malaya, ‘mereka bukan mesin’ – TMJ
- Serangan buaya, bapa parah anak hilang
- Rogol remaja, Ustaz Fathi Na’im didakwa lagi
- Najib masuk HKL
- Giliran Ronnie Liu mohon maaf pada BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’
You must be logged in to post a comment.