Wanna Ali ‘high maintenance’, pilih calon suami stabil kewangan

Wanna Ali ‘high maintenance’, pilih calon suami stabil kewangan

Meskipun masih muda dan belum berpunya, pelakon Wanna Ali, 24, sudah menetapkan jodoh dipilihnya kelak adalah seseorang yang mampu memberi kesenangan hidup buatnya.

Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali berkata, itu antara kriteria wajib lelaki yang ingin mendekatinya apalagi dia sendiri kini berusaha memajukan diri demi kesenangan sendiri pada masa hadapan.

“Sekarang saya mencari lelaki yang boleh bimbang saya dunia dan akhirat. Ibu bapa saya sendiri pun pastinya nakkan calon menantu yang kewangan stabil, kesimpulannya boleh jaga saya lebih baik berbanding mereka.

“Itu standard, bukan nak cakap ‘demand’. Sebab saya sudah biasa hidup selesa. Jadi kalau saya berkahwin dan hidup dalam kesusahan, saya takkan biarkan itu berlaku.

“Lagi pula, it bukannya saya tak mampu menyara diri pun dan saya ada hak untuk memiliki ‘high maintenance’. Sebab saya sendiri yang memastikan hal itu dijaga dengan rapi,” katanya.

Anak kepada penerbit filem Datuk Ayu Puteh itu juga sudah menanamkan sifat berdikari dalam dirinya sejak tamat zaman persekolahan. Justeru, dia kena pastikan calon suaminya kelak wajib beri keselesaan hidup untuknya.

“Sewaktu habis sekolah dan berada di universiti pun, saya bekerja sendiri cari duit. Ibu cuma bagi duit tuisyen dan belanja yang lain-lain, saya tanggung sendiri.

“Jadi, kalau saya berjodoh dengan lelaki yang tak boleh berikan apa saya boleh berikan kepada diri sendiri, kenapa saya perlu lelaki sebegitu?,” katanya.

Pelakon drama Angkara Cinta itu ditemui pada acara Fly With Us anjuran Mihara Aviation, dekat sini, hari ini.

Wanna antara selebriti yang diberikan pengalaman menaiki helikopter selama lebih 15 minit untuk meninjau pemandangan dari udara.

Menurutnya, dia sangat teruja kerana itu pengalaman pertama dapat menaiki pengangkutan terbabit dan rasa gementarnya tidak terasa langsung.

“Saya memang ada ketakutan pada ketinggian, tapi sebaliknya saya rasa naik helikopter buat saya rasa selamat. Bila dapat rasa pertama kali, ia sangat istimewa dan pengalaman itu menyeronokkan,” katanya. HM

Wanna Ali ‘high maintenance’, pilih calon suami stabil kewangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker